Monday, 20 June 2011

kenangan menjelma kembali


waaa...bersemangat aku dgr lagu ni...ingat zaman-zaman dahulu balik apabila ingin masuk universiti pertahanan. joging abis pagi petang. tapi niat ditentang oleh mak..
hmmm tapi diri ini degil, mak merelakan dalam paksa,
kata aku nak perjuang,pegang senjata berjihad bila negara diserang
akhirnya aku dpt masuk universiti pertahanan tetapi xseperti yang diinginkan.
kecewa...kecewa sangat.
sekarang dapat dah masuk bidang perguruaan..
hmmm ingt bidang ni xleh berjihat ke??
bidang guru pun boleh berjihad berbakti malah lebih banyak daripada cita-cita aku sebelum ini
berjihad xsemestinya angkat senjata, tetapi jihad dengan lisan
kerna modal seorang guru ialah percakapan.

Rasulullah Sallllahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

so xpayah aku sedih2 lagi sbb xdpt jadi tentera..insyaAllah guru merupakan kerjaya yang ditakdirkan untukku..
namun xdpt dinafikan kadang kala keingnan dahulu dtg menjelma kembali..
menjelmanya bagi aku cukup untuk seketika sebagai satu penghibur hati..:-)

Monday, 13 June 2011

bisikan

bisikan..
suatu perkara yang tidak kita nampak
namun perkara tersebut akan kita rasai jika kita menyedari dan meneliti setiap tindak tanduk kita
pelbagai jenis bisikan akan kita dapat dalam meniti perjalanan ini
samaada bisikan jahat yang sering kali cuma memperdaya diri kita
ataupun bisikan baik yang cuma mengingtkan kita kembali niat kita hidup di dunia ini
bisikan jahat terdiri daripada pelbagai contohnya bisikan nafsu jahat yang menggoda kita untuk melakukan sesuatu yang buruk,
namun bisikan ini memainkan peranan untuk mencantikkan yang buruk untuk memperdaya kita
ditambah pula dengan bisikan syaitan laknatullah yang akan mengguna serta mengajak kita mengikuti jejak langkah dia.
malah bisikan ini juga juga tidak terlepas daripada manusia itu sendiri. manusia-manusia yang mempunyai topeng yang sentiasa mengajak manusia lain kearah kejahatan.
semua jenis bisikan ini tidak akan berjaya kita tepis jika tidak ada iman di dada.
namun iman di dada juga kadang kala akan jatuh kerna iman manusia ada kalanya naik dan turun
oleh itu bagi tidak menjatuhkan iman tersebut bisikan-bisikan yang baik perlu seiring agar terus memberi nasihat dalam diri.
bisikan yang baik seperti tazkirah,ceramah, ilmu, bergaul dengan org soleh/solehah dan baik adalah ubat untuk menjaga diri kita daripada bisikan jahat yang tidak pernah jemu menjemput kita untuk masuk ke rumahnya..
oleh itu tingkatkan bisikan yang baik
kurangkan bisikan yang jahat
renung-renungkan
dan selamat beramal..=)

Thursday, 2 June 2011

eeee...xmatch la baju tu..

ada orag tegur apabila kita memakai baju yang xmatch warnanya
terima kasih kerna menegurnya
tapi ada kamu kisah yang diri kamu memakai
pakaian yang tidak tutup aurat???
berseluar pendek keluar rumah..
ada kamu sedar atau buat-buat tak sedar
aurat lebih penting daripada colr yang match ataupun x
tetapi jika mendapatt dua-dua
itu kan lebih baik..=)
carilah kedua-duanya

untuk tontonan bersama.....

berbeza daripada selalu

hidup perlukan perbezaan
kalau tidak kita akan terasa bosan
hidup perlukan perantauan
perlukan pemerhatian
setiap gerak geri orang
tingkah laku mahusia
agar kita dapat ambil
apa yang baik dan menjadi pengajaran kepada kita apa yang tidak baik
jauh perjalanan luas pemandangan
daripada naik kereta naik bas
dari sungai petani pergi perlis
dalam kereta bersama rakan-rakan
dalam bas bersama orang awam
ada yang y cukup sifat dan ada yang x cukup sifat
pemerhatian pertama:
2 orang buta menaiki bas,
masyaAllah...bagaimana mahu naik bas???
tahukan jalannya???
kecian...mereka tersilap pilih bas...
akhirnya mereka ditinggalkan di tepi jalan di persimpangan jalan untuk ke destinasi mereka
dlm keadaan yang gelap 8.15mlm dalam keadaan buta...
masyaAllah dmana anak-anak mereka dikala ini???
agar kita tidak membiarkan ibu bapa kita pada hari tua mereka mcm ni..
pemerhatian kedua:
seorang lelaki memakai kepiah
berperwatakan lembut
akhirnya memakai lipstick di bibirnya semasa berada atas bas
Ya Allah....pelbagai aku lihat apabila jalan pulang yang dipilih berbeza daripada rakan-rakan yang lain
pelbagai tingkah laku manusia diperhatikan...
sesungguhnya mencari yang berbeza daripada selalu
akan menambahkan pengetahuan, pengajaran dalam diri kita...
walaupun kadang kala jalannya lebih memenatkan dan sukar..