Thursday 29 September 2011

Tahniah

bulan syawal telah menutup tirainya
tirai yang ditutup dengan pelbagai cerita tersirat dan tersurat
semoga syawal pemergian syawal kali ini memberi makna dalam hidup kita
bagi budak2 rumah ku tahniah dan bersyukur kerna berjaya berpuasa 6
hingga saat2 akhir.. walaupun digoda dengan makanan
anda masih tguh untuk menghabiskan puasa 6 anda..tahniah diucapkan
meriah saat2 buka puasa hari terakhir..semga kita bertemu lagi taun dpn dgn bulan ramadhan dan syawal..aminnn

pesanan untuk diri

jaga solat mu
apabila solat
jaga bacaanmu dalam solat
jagn kamu mengendahkan perkara ini
kerna hal ini penting
agar di suatu masa anda tidak rasa rugi..

Thursday 22 September 2011

Kenikmatan mempunyai sahabat

assalamualaikum..

terkejut!! terharu!!... etu yang boleh aku ckp disaat sahabat baik ku membuat kejutn kepada ku sempena tarikh kelahiran aku.. masyaAllah...sgt la beruntung kerna mempunyai sahabat-sahabat mcm ni terutamanya kawan baik saya..

pagi pada 20 september
happy besday naim, happy besday naim!!..besday boy semua klr dpd mulut rakan-rakan ku.. tapi kat mulut dia, hanya diam sahaja..xda ucapan mcm2 tu pun..sesungghnya..sahabat baik aku ni nak buat kejutan rupanya...mmg xdpt diagak..
wan: apa kata kita buka puasa sama2..dah lama xmakn sama-sama
dia: boleh2...
aku: boleh ja...kat mana ang tentukan yaa...
dia: nak ajak sapa g ea.haaa kak long..tapi solat dulu ea baru kita g makn..

tiba masa berbuka puasa dan solat telah ditunaikan
mana mereka ni ( mean dia n kak long) .... lamanyaaaaa kami tggu..tapi lagi lama menggu kehadiran air..haha
dlm kul 8 tu kak long tba dgn pelbagai variasi cerita rekaan dia yang menyatakan si dia tiba lewat ckit..huh mati2 la caya.. 5 minit selepas tu...happy besday to uuu..Ya Allah...terkejut dan terharu aku...masyaAllah perkara xdisangka, kejutkan yang dilakukan oleh sahabat aku terutamanya si dia...tergamam aku seketika apabila da sabahat yang berbuat kejutan kepada aku... terima kasih ekinnnn...

haaa ini dia si dia yang dimaksudkan kawan baik aku tu, baik sgt2..hehe





haaa ni kawan baik aku plak yang potong harapkan saya lambat la nak mkn..haha

terima kasih kerana sentiasa bersama saya susah dan senang ea..
selalu bagi semgt bila down
selalu tegur bila aku buat xbetul..
selalu ingtkan perkara-perkara yang baik
selalu mempengaruhi aku untuk lakukn yang terbaik..
lagu ini untuk anda

kenangakan lah lagu ni bila kita dah ikut haluan masing2 nanti

Sahabat sejati datang bersama kebaikan,
Pergi meninggalkan kenangan,
Kembali dengan segunung harapan,
Tak rela membiarkan kita di lembah kehinaan

Terima kasih kerna menjadi sahabat baik saya...terima kasih juga kepada sahabat2 saya yang memberi ucapn dan sambut besday saya ya...gembira ada sahabat mcm ni.. terutamanya si dia..

20 september @ 12 rabiulawal

20 september 1991 bersamaa 12 Rabiulawal. bermulalah sejarah hidup aku dan kenangan2 yang akan aku kumpul. . pahala2 yang akan ku bawa..Telah ku janji dgnNya untuk beribadah kepadaNya.. aku ditiupkan roh dan tangisan mula didengari pada 12 rabiulawal tersebut.
emak.. terima kasihku ucapkan kerana telah menjagaku dlm kandungan hingga selamat melahirkan aku dengan penuh cabaran..
ayah... terima kasih kerna  mencari rezeki untuk membesarkan aku shgga sekarang walaupun besar skrg anak mu ini kadang kala membangkang pendapat mu...
emak dan ayah terima kasih sgt2 sebb telah membesarkan ku mendidik ku, menjaga ku shga sekarg, walaupun pada waktu kecilku 50-50 untuk terus hidup.. emak dan ayah tabah membesarkan ku siang dan mlm bercengkang mata menjaga aku.. sakitku membuatkan emak dan ayah susah hati... maaf sgt2.. sesungghnya pengorbananmu akan ku bls..amin... TERIMA KASIH EMAK DAN AYAH..

Monday 19 September 2011

If diam yang terbaik

klu diam itu lebih baik aku memilih untuk diam dpd terus berckp
kerna percakapan kadang kala boleh menjadi pembunuh, bak kata pepatah lidah setajam pedang ataupun pisau. walaupun xnampak secara zahirnya tetapi telusuknya kita rasa betapa tajamnya.
lebih baik diam dpd terus melawan disebabkan sakit ati kerna melwan mampu membunuh lebih byk hati daripada hanya satu hati sahaja tercedera.
klu diam yang terbaik aku memilih untuk diam dlm perbagai situasi,
agar tidak mhu menyakitkan hati org dan tidak juga mahu menyakitkan hati sendiri.
Barangsiapa y banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa y banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya
(Riwayat Abu Naim)


Namun diam bukan bererti mengalah dan tidak tahu apa-apa. diam hanya untuk tiidak mengeruhkan lagi keadaan dan berfikir sejenak. 



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan

If diam lebih baik, aku memilih untuk diam..

Sunday 18 September 2011

hari gembira yang dalamnya terdapat dosa


Perkahwinan merupakan sesuatu yang mengembirakan semua orang terutamanya kepada pasangan mana tidaknya bergelar raja sehari dan disatukan secara sah. bagi yang bertunang alangkah bahagianya apabila disatukan dengan bersaksikan saksi-saksi kerna tempoh pertungan penuh dgn cabara.



النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى 
Nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku
namun awas, jgn sangka perkahwinan membawa kegembiraan untuk kesyurga tetapi mampu membawa diri dengan dosa.


apabila dua merpati sejoli disatukan mata menitislah air mata kegembiraan dan kesyukuran ahli keluarga dan mereka kerna telah halal dalam menjalinkan hubungan dan bahtera rumah tangga. bagi sang syaitan pula berlari bertemparan lah mereka menagis kesedihan kerna tidak mampu untuk menyucuk sanag lelaki dan perempuan untuk melakukan zina lagi. namun sedarkah kita sang syaitan tidak akan lari bertemparan begitu sahaja merajuk begitu sahaja kerna sang syaitan tidak pernah rasa putus asa. masih byk peluang dan ruang untuk sang syaitan melakukan hasutan di hadapan nanti. di sana sang syaitan akan gelak terbahak bahak kerna mereka telah masuk perangkap.


sang syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan peluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. malah bngga pula apabila meminta photographer upahan dari kedai berdekatan mengambil gmbar. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini






Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.


Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari ALLAH dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)
p/s: Semoga di hari perkahwinan kita nanti dpt dielakkan semua ni...amin..

Saturday 17 September 2011

bersendirian

bersendirian kadang kala membawa erti dalam hidup
disaat semua orang balik kg dan kluar
aku mcm biasa la..bab2 nak klr ni mmg mlas la
lain la klu klr jalan2 tgk keindahan alam ok la..
etu mmg minat aku..
soo dok umah sorang2
bersendrian membuatkan aku berfikir sejenak,
bermuhasabah diri mungkin
tetapi di sini telah ku temui sesuatu yang berharga
harap sesuatu akan membawa perubahan pada diri aku
give me chance to change my self..

Tuesday 6 September 2011

Aku terima nikahnya...

04Sememangnya kawin adalah sesuatu yang dibualkan dalam hidup orang-orang dewasa terutamanya 20 tahun keatas ni.. yela apa taknya, jumpa ja tanya dah kawin belum, xpun bual2 kosong kat kedai mamak " ekh ang nak kawin umur berapa" waaahhhh sering kan dengar semua ni...tapi tau x apa perkahwinan itu...

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM......
macam senang???


Nah ni makna sebenarnya...



Aku tanggung dosa2 si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yang si dia buat dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bkn lagi ibubapa si dia... dan aku tanggung semua dosa bakal anak2 ku , jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah...- copy from Ustaz Zamri-

haaa kepada yang nak mendirikan rumah tangga aku harap dah bersedia untuk membimbing isterimu ke arah kebaikan dan jalan yang diredoiNya kerna apa yang isteri dan anakmu lakukan semuanya kamu akan tanggung, kepada si isteri jagnlah kamu berdegil, bantu dan patuhhi lah suamimu selagi tidak melanggar ajaran agama Islam.....selamat mendrikan rumah tangga kepada sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga xlama lagi..:-)