Wednesday 24 October 2012

menuju puncak

mencuba itu perlu, berusahalah setakat mana yang kau mampu,
berdoa mesti selalu.....
selebihnya, serahkan segala urusan kepada yang Maha Menentu...
apa-apa pun jawapan dalam penantianmu, redhalah
kerana Allah akan mentakdirkan yang terbaik untukmu..
jika keputusan yang kau terima,
maka bersyukurlah dengan nikmatnya...
jika sebaliknya yang ada,
maka bersyukurlah dengan ujian rasanya

firman Allah :

maksudnya : " kalau kau bersyukur atas nikmat-nikmat Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih " (surah Ibrahim : 7)

:- aku tiidak akan berhenti berusaha selagi mana aku mampu setelah itu berdoa dan bertawakal... berputus asa tidak mungkin sama sekali. biar lah memakan masa yang lama..

" sabar itu pahit, InsyaAllah akan manis akhirnya"


Monday 22 October 2012

kambing dan arnabb



insyaAllah suatu ari nanti boleh buka ladang.. aminnn

alhamdllahhh..cal mak tadii..
sembang mcm macam laa.. dan last sekali mak bagi tau arnab beranak lagi 2 ekorr..alhamdllah.. moga makin berkembang

dan satu lagi 2 ekor ibu kambing telah selamat melahirkan anak mereka dpat dua ekor anak kambingg.. terbaikkk..rezekii.. walaupun pada asalnya terasa sedikit berat kerana terpaksa mengeluarkan modal untuk memternak mereka-mereka tersebut. alhamdllah idea abg aku yang kedua, kami anak-anak lelaki abd ghani telah berpakat berkongsi modal untuk menternak kambing dan arnab dengan modal seorang RMxxxx.xx... kering juga la bila keluarkan modal tersebut..

apa-apa pun perniagaan mesti la memerlukan modal kan..aku taget 2 tahun lagi penternakan ini akan berkembang dan boleh la mula dipasarkan secara kecil kecilan terlebih dahulu.. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat keizinan daripada Allah..

:- perternakan adalah perniagaan.. 9/10 rezeki adalah datangnya daripada berniaga..tetapi perniagaan yang baik adalah perniagaan yang menepati garis pantuan Islam tanpa wujud penipuan..

sayang dan jaga..:-)


jadilah seorang yang boleh menerima tegur orang lain untuk kebaikan,
jangan jadi manusia yang tidak dapat menerima teguran
lantas mempertahankan lagi benda yang salah

jadilah seorang yang sanggup menegur kesalahan orang lain
walaupun kadang-kadang timbul perasaan serba salah

namun selemah-lemah iman adalah dengan membencinya perbuatan tersebut 
dengan hati..

dia marah sebab dia sayang, 
dia tegur sebab dia nak jaga,
jaga diri elok-elok wahai manusia sekalian,
 ^_^

Saturday 20 October 2012

kaki

manusia yang sihat tubuh badan dan normal adalah manusia yang cukup sifatnya sebagai seorang manusia. conthnya mempunyai sepasang kaki, sepasang tangan, dan semua anggota badan berfungsi dengan baik, jika tidak mereka digelar OKU ( Orang Kelainan Upaya). hal ini kerana mereka telah kehilangan nikmat yang orang lain miliki. namun aku tabik pada mereka yang OKU ini yang mempunyai wawasan hidup dan still mampu memberi saingan kepada orang yang cukup sihat dalam pelbagai hal.

aku juga pernah merasai sedih sebanyak hilangnya nikmat berjalan pada suatu ketika dahulu. Ya Allah bertapa siksanya nak berjalan dan terlantar hampir sebln lebih.. hal ini kerana aku pernah terbabit dalam satu kemalangan di usia kanak-kanak.. susah nak berjalan semestinya dan until now   kaki aku bukan seperti dahulu iaitu seperti asal.

2 3 bulan sekali kaki aku akan mengalami lenguh-lenguh dan kadang kala memaksa aku untuk tidak berjalan (mean x dapat berjalan) kerana kesakitan yang dialami.. aku akan alaminya selang 2 3 bulan sekali. namun aku bersyukur aku masih punyai nikmat berjalan yang sesetgh orang tidak memilikinya.

baru-baru ini main futsal, kaki aku terkepak kerana berlanggar dgn seseorang.. sakit tu memang xdpt dicakap la.. dan sampai sekarang cengkamannya di pergelangan kaki aku masih tidak kukuh dan kadang kala mudah untuk terpeleok dan masih terasa sakitnya namun xda la xdapat nak berjalan..hehe..

:- jaga lah pemberian Allah kepada kita dengan baik-baiknya, jgn kita terlalu memilih mengejar kesempurnaan belajar untuk menerima dan menjadikannya sempurna

Sunday 14 October 2012

perjalanan malam


rahsia alam adalah rahsia Allah 
tiada suatu pun manusia akan mengetahui rahsia tersebut sehingga tiba waktunya
jodoh, ajal maut, rezeki adalah rahsia yang manusia tidak tahu
namun perlu berusaha untuk mencapainya..

ajal maut adalah sesuatu yang ditakuti oleh manusia yang bernyawa
andai cukup amalan kita pasti kita akan merasa lega dan lapang di sana nanti
namun,
andai kurangnya amalan kita
sensara lah kita di sana nanti dalam mengharungi liku-liku alam selepas alam dunia
perjalanan yang gelap bak malam tanpa cahaya
membuatkan mereka yang kurang bernasib baik sensara menghadapinya
kematian manusia adalah satu tangisan kepada manusia yang masih hidup di muka bumi ini
kematian manusia yang disayangi,disanjungi malah pernah menabur jasa kepada kita
adalah sesuatu yang terasa kehilangannya
namun
kematian manusia adalah pengajaran kepada manusia yang masih hidup,
talkinnya dibaca di atas tanah perkuburan 
talkin yang memberi kesedaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup
agar kembali dan menambahkan amal kepada Allah


thanks kepada keluarga di sebelah sana kerana memberi layanan
yang cukup baik dan mesra sepanjang aku berada di sana
terdapat pengajaran di setiap peristiwa aku 
perolehi di sana. 
layanan anda dan keluarga anda belum tentu, aku mampu membalasnya
hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kamu semua..


Thursday 4 October 2012

Happy Besdayy Awak

Pada 05 oktober 1991 lahir seorang insan yang diberi nama Nurul Najwa.. selain tarikh besday family aku dan aku dan beberpa tarikh lain lagi, tarikh ini amatku nantikan kerna kehadiran dia memberi sinar kebahagian kepada diriku kini.. semuanya bermula apabila aku dan dia ditakdirkan untuk bersama pergi ke kem bina insan guru di Port Dickson pada 26 April 2011..dan kini hampir setahun setgh aku mengenalinya.. semuanya bermula di situ dan sehingga sekarang aku dan dia berhubung dan saling belajar mengenali. ku harap hubungan kita akan  sampai ke syurga, ingin ku mendidikmu untuk menjadi bidadariku di syurga... selamat hari lahir awak.. semoga awak sentiasa berada di bawah naunganNya dan sentiasa taat kepda perintahNya..:-)


Andai engkau tahu

Andai kau tahu
aku juga harap kau tahu
aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

namun aku tidak boleg menjamin apa-apa
bukan aku yang menulis di luh mahfuz sana

tapi DIA
DIA, ALLAH yang menjadikan darimu dan diriku,
di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak tahu
InsyaAllah jodoh tidak akan lari juka sudah
memang ditakdirkan kita bersama
Birarpun beribu bidadari/bidadara datang melamarku
InsyaAllah dirimu tetap untukku,
Jika itu yang Allah kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki,
dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi
rezeki terindah dari Allah buatku..
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya
melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah 
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untuku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu
Agar aku tidak kecewa dengan keputusan Mu

kerna im not perfect


awak, lagu ni khas untuk awak...:-)