Wednesday 29 February 2012

INdah di Luar INdah Lg di Dalamnya...

jalan yang lurus sentiasa terbuka kepada
setiap manusia yang ingin berubah..




SERIUS..SAYA JEALOUS DENGAN AWAK!


Suatu hari aisyah sedang berbual-bual dengan shera dibawah rendang pohon yang redup…


Shera: mesti seronok kan dapat jadi awak?
... ... ...
Aisyah: kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)


Shera: sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.


Aisyah: boleh saya tahu sebabnya?


Shera: sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk,solat sunat pulak selalu awak lazimi..baca Al-Quran awak fasih..siang awak Nampak gembira,bergelak ketawa,tapi malam saya selalu Nampak awak menangis di tikar sejadah..awak cantik,tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut,penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape2,mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang..mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah,Alhamdulillah,masyaALLAH,insyaALLAH’…semualah..sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal..saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)


Aisyah: ooo..macam tu..kalau macam tu,sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..


Shera: kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda Tanya)


Aisyah: sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul2 grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap2, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH,tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH..saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya.rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul2 SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…


Kata2 prof tariq ramadhan ““I don’t care what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today..


~sy copy dr post fb kwn sy

Sunday 26 February 2012

hiking bukit tabur

alhamdllah masih mempunyai kesempatan untuk terus menghirup udara di muka bumi Allah ini..
terima kasih Allah...

hujung minggu
cuti hujung minggu selalunya orang akan mengambil peluang ini untuk balik ke kampung kan. tapi bagi aku dan rakan yang jauh ni xdanya nak balik kampung sebab dua hari ja. macam tidak berbaloi kalau balik pun.. menggunakan peluang itu dijadikan cerita pada 17/2 hari sabtu aku bersama sahabat aku ni, si ikhwan merancang menawan bukit tabur. pergi dua orang ja. asalnya 4org tapi 2 lagi xjadi ikut.

keluar awal pagi mencari tempat yang terletak di ampang.dekta ja 19km ja daripada cheras. alhamdullah pengalaman yang menarik dan subhanallah pemandangan yang sangt indah walaupun laluan dia agak mencabar dan berbahaya. namun kepuasan itu terpancar apabila berjaya sampai ke 5 puncak bukit tabur dan menikmati keindahan Alam ciptaan Allah..

 saat tiba di puncak pertama

Puncak ketiga memberi keindahan alam yang sangat cantik

Bergambar sekejap untuk kenangan..hehe

rasainya sendiri pasti menyeronokan dan bersyukur

matahari bakal menjelma

laluan yang terpaksa kami berdua lalui


berbekalkan sebotol air kongsi dua..hahaha

kesimpulannya hiking adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokan kerna di situ kita akan memperoleh pengalaman, kekuatan fizikal dan mental, serta mempunyai kesyukuran dan menyedari kekuatan Allah S.W.T.
pandangan lah kamu ke arah pandangan hijau kerna ia mampu memberi kebaikan kepada mata anda... tengok la alam semula jadi yang hijau di situ akan membaiki mata dan hati anda..:-)


next post... bersama sahabat ikhwan izam lagi ke di empangan putrajaya....

Friday 10 February 2012

pesan pada diri

Semoga MATA yang dimiliki, sentiasa melihat kebaikan seseorang berbanding keburukannya.
Semoga TELINGA yang dimiliki, sentiasa berusaha mendengar kebaikannya daripada keburukannya.
Semoga MULUT yang berbicara sentiasa bercakap perkara yang baik-baik daripada menyakiti hati orang dan semoga hati yang dimiliki sentiasa bersangka baik dan BAIK...


..... kerna tiap-tiap anak adam ada kekurangan dan kelebihan masing-masing yang diberikan oleh Pencipta kepada kita. Malah masing-masing tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan sepanjang kehidupan yang dilalui olehnya... InsyaAllah..