Saturday, 14 January 2012

menghukum anak dan sahammu diakhirat

anak...
anugerah pemberian Allah kepada setiap pasangan yang dikehendakinya
anak lah menjadi penyambung kita dan yang paling utama menjadi bekalann kita di akhirat kelak..
insyaAllah..
oleh itu ingat lah wahai semua didiklah anak-anakmu berlandaskan ajaran Islam..
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi anak-anak pada usia muda terutamanya yang hiperaktif agak nakal..
agak nakal okk..bukan nakal sangat pun if kena pada caranya kita pujuk dan didik.
 janganlah sesekali menghukum anak-anakmu dengan hukuman seperti memukul kerna itu akan memberi kesan dalam dirinya terutama yang bergelar kanak-kanak..

comellll kan kan...-)
amalkanlah konsep memaafkan mereka disamping memberi peringatan dan penjelasan yang jelas kepada mereka. Deceritakan oleh muawiyah bin salih ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "wahai Rasululllah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiga. Seterusnya Baginda mengatakan : jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikut kadar kesalahn yang dilakukan dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka".(hadis riwayat at- Tabrani)

Maafkanlah mereka jika mereka melakukan kesalahn, jika tidak mampu juga beri mereka peringtan dan akhir sekali iaitu jalan terkahir baru lah menghukum mereka namun elakkan daripada menghukum di bahagian muka jagn sesekali. Untuk membimbing anak beristiqamah pada jalan benar dan menepati kehendak agama, tidak hanya terletak pada kaedah merotan dan memukul saja. sebaliknya ibu bapa seharusnya mampu memperlbagaikan teknik khususnya teknik dorongan dalaman.

Dalam kesalahan yang amat berat sekali pun dalam Islam menyuruh kita terlebh dahulu nasihat dan memberi penjelasan yang jelas dahulu sebelum tindakan diambil. Pesan Nabi SAW: " Suruhlah anakm menunaikan solat ketika berumur 7tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan)."~ maksud hadis.



p/s: didiklah anakmu kearah kebaikan dan mampu memberikan saham kepada anda di akhirat kelak kerna anak inilah merupakan salah satu saha yang akan berterusan menyumbang kepada anda setelah anda tiada di dunia.
amalkan doa ini jika anakmu nakal
Surat Al-Imran ayat 63 kemudian selawat kepada nabi sulaiman sambil mengusap kepala anak..insyaAllah amin..

Monday, 9 January 2012

Mendapat tempat di sekolah...Alhamdulillah

alhamdllah senior aku PISMP ambilan jan 2008 telah mendapat tempat di sekolah..
selamat menjalankan tugas anda sebagai seorang guru ya
bukan lagi sebagai seorang pelajar sepenuh masa.
kini anda bergelar guru,
setelah hampir 1 lebh2 berada di rumah...
tahniah..
aku mendoakan agar posting ambilan yang lain lain terutamanya PISMP ambilan jan 2011 nanti cepat mcm ni juga..hehe

" Apabila seorang manusia mati, putuslah amalan Kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya"..

InsyaAllah ilmu yang dimanfaat untuk orang lain akan berpanjangn dalm diri kita yang bergelar guru..aminn..semoga kita mendapat saham diakhirat walaupun kita telah tiada di dunia..:-)

selamat bertugas ya abang abangku.


seorang guru tekun mengajar anak muridnya..:-)


"sebarkan dariku walau satu ayat"~maksud hadis.
p/s: "aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik. Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan."

Friday, 6 January 2012

Aku Terima Nikahnya

Titipan erti sebenar perkahwinan
Medan memberi yang paling mulia..

Dalam soal berumah tangga,
Jangan terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna.
Jika kita mahu yang paling sempurna,
Maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang,
Kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.
Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu,
Kita tidak expect sebarang kekurangan.
Maka selepas berumah tangga,
Hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata,
Kerana kita menjangkakan kesempurnaan.
Terimalah seseorang , seadanya.
Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..


jom layan lagu ni..:-)



Sunday, 1 January 2012

MAAFKAN MEREKA

maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka

maafkan mereka
agar hatimu lapang segala
menikmati hari-hari baharu
yang penuh duka dan lara

maafkan mereka
kerana jiwamu sedar mengerti
hidup ini ada hari datang dan pergi

sesungguhnya kemaafan itu memberi kemanisan dalam kehidupan kita. tidak guna kita terus membenci orang kerna dengan bencian tersebut akan mampu menghilangkan nikmat hidup kita. tidakkah kita merasakan jiwa kita akan terganggu disaat kita ingin merehadkan minda, disaat kita ingin menikmati makanan, disaat kita bersama bergelak ketawa..bencian itu mampu membunuh kesemua nikmat yang datang..MAAFKAN MEREKA. tidak rugi kita memaafkan mereka malah menguntungkan diri kita.

tak kala umur kita sedang meningkat,  nyawa kita semakin dekat denganNya masih banyak dosa yang belum kita tebus. MAAFKAN MEREKA kerna memberi kemaafan kepada mereka Allah telah janjikan keampunan kepada kita. tak kala umur semakin tiba di penamatnya tidakkah kita ingin merasakan nikmatnya kemaafan dalam diri agar yang menjadi duri dan duka itu bertukar menjadi madu dan manisan sebelum hembusan nafas terakhir..MAAFKAN MEREKA.

adat hidup tak kala kita melalui laluan berbunga dan wangian kita akn bergembira
namun hidup kita pasti akan melalui semak samun yang dipenuhi duri dan bahaya
disaat itulah kita perlu kuat mencari kemanisan dalam diri agar mampu menjadi penawar luka yang berdarah.

MAAFKAN MEREKA....

Allah lebih mengetahui sesuatu yang terjadi...


jom layan lagu ni....:-)