Saturday, 14 January 2012

menghukum anak dan sahammu diakhirat

anak...
anugerah pemberian Allah kepada setiap pasangan yang dikehendakinya
anak lah menjadi penyambung kita dan yang paling utama menjadi bekalann kita di akhirat kelak..
insyaAllah..
oleh itu ingat lah wahai semua didiklah anak-anakmu berlandaskan ajaran Islam..
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi anak-anak pada usia muda terutamanya yang hiperaktif agak nakal..
agak nakal okk..bukan nakal sangat pun if kena pada caranya kita pujuk dan didik.
 janganlah sesekali menghukum anak-anakmu dengan hukuman seperti memukul kerna itu akan memberi kesan dalam dirinya terutama yang bergelar kanak-kanak..

comellll kan kan...-)
amalkanlah konsep memaafkan mereka disamping memberi peringatan dan penjelasan yang jelas kepada mereka. Deceritakan oleh muawiyah bin salih ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "wahai Rasululllah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka? Lalu kata Baginda: maafkanlah saja. Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiga. Seterusnya Baginda mengatakan : jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikut kadar kesalahn yang dilakukan dan jauhilah dari memukul pada bahagian muka".(hadis riwayat at- Tabrani)

Maafkanlah mereka jika mereka melakukan kesalahn, jika tidak mampu juga beri mereka peringtan dan akhir sekali iaitu jalan terkahir baru lah menghukum mereka namun elakkan daripada menghukum di bahagian muka jagn sesekali. Untuk membimbing anak beristiqamah pada jalan benar dan menepati kehendak agama, tidak hanya terletak pada kaedah merotan dan memukul saja. sebaliknya ibu bapa seharusnya mampu memperlbagaikan teknik khususnya teknik dorongan dalaman.

Dalam kesalahan yang amat berat sekali pun dalam Islam menyuruh kita terlebh dahulu nasihat dan memberi penjelasan yang jelas dahulu sebelum tindakan diambil. Pesan Nabi SAW: " Suruhlah anakm menunaikan solat ketika berumur 7tahun dan pukullah jika berumur 10 tahun (jika tidak menunaikan solat juga) dan pisahkanlah tempat tidur anak (lelaki dan perempuan)."~ maksud hadis.



p/s: didiklah anakmu kearah kebaikan dan mampu memberikan saham kepada anda di akhirat kelak kerna anak inilah merupakan salah satu saha yang akan berterusan menyumbang kepada anda setelah anda tiada di dunia.
amalkan doa ini jika anakmu nakal
Surat Al-Imran ayat 63 kemudian selawat kepada nabi sulaiman sambil mengusap kepala anak..insyaAllah amin..

No comments:

Post a Comment