Saturday 21 April 2012

pendakian pertama kali di gunung




alhamdllah misi terlaksana dan perkara yang diidam-idamkan tercapai..
pada 14 april yang lalu tepat pada pukul 4 pagi, aku dan bersama 7 orang rakan lagi menaiki motosikal menuju ke satu tempat bagi menguji stamina yang ada dlm diri ini..
jam 5 pagi kami sampai di tempat tersebut, namun terpaksa menggu pegawai di tempat tersebut membuatkan sesetengah daripada kami tdur sebentar.. jam menunjukkan pukul 6 pagi dan kesempatan mengingati pencipta perlu diutamakan.. kami solat di kaki gunung nuang.. tepat jam 7 kami melapor diri dan di situ lah bermula segala-galanya..berbekalkan air 3liter setiap seorang dan roti yang dibawa akanku sampai di puncak sana.
gunung nuang yang mempunyai ketinggi 1493 meter merupakan gunung yang tertinggi di selangor dan tahap kesukaran ketinggian gunung nuang ini merupakan tahap kesukaran gred A. mempunyai 3 kem iaitu kem pertama kem lolo yang memakan masa 3 jam untuk sampai ke kem tersebut. kem kedua ialah kem pacat.. tgk pacat pun ada kem kot..korang mampu???mmg banyak pacat la di kem tersbut, nama pun kem pacat kan..dari kem lolo ke kem pacat  lebih kurang 2 jam la plus minus.. tapi bagi kami yang baru kali pertama daki gunung nuang ni malah kali pertama mendaki gunung.. sesat juga la dalam menuju ke kem pacat tu.. alhamdullillah tersedar awal dan berpatah balik.. setelah sampai di kem pacat kami menuju ke kemuncak.. laluan hampir 70 darjah sememangnya mencabar kami dan mental kami.. alhamdllah selamat sampai di puncak tapi hampir tersesat ke janda baik di pahang apabila merentasi batu penanda di pahang.. sekali lagi bersyukur tersedar dan berpatah balik.. jam 2 petang kami sampai di puncak..penat lelah sgt tidak terhingga dan di puncak lah air kami semua habis.. maknnya turun bakal turun tanpa air la..huhu

keseluruhan 7jam mendaki sampai di kemuncak setelah melalui 2kem dan kem terakhri di puncak. turunnya kami ditemani dengn air-air hujan rahmat Tuhan..tetapi hanya sedikit air tersebut turn jadi tidak menggusarkan kami untuk turun. namun begitu banyak kali juga la jatuh.. sampai di kem lolo kami bermandi dan membersih seluar yang kotor. bermula dari kem lolo tersebut hujan lebat mula menemani perjalanan kami namun begitu untuk berhenti sama sekali tidak kuatkan semgt kerna segala-galanya bergantung kepada minda.jika minda kita kuat kita akan teruskan jika minda untuk berhenti menguasai diri pasti kita akn berhenti.. alhamdllah jam 6.30petang kami selamat sampai di kaki gunung kembali. letih tapi best sebb berjaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan menawan gunung nuang.

lalui di kaki gunung nuang

berhenti berrehat di kem pajat

antara yang dijumpai di lalui mendaki

kenai kan kan

kabus2.. menghampiri kemuncak

puncak pengasih

tgk apa entah ni

nampak sgt muka letih benar..hahaha

alhamdllah selamat tiba di kaki gunung kembali pada pukul 6.30

akan ku daki lagi jika diberi kesempatan tapi mencari sesuatu yang lain..walaupun penat akan ku sahut lagi cabaran ini..



No comments:

Post a Comment