Friday, 14 December 2012

kaki melangkah ke hutan



cuti cuti sekolah ini mesti banyak aktiviti yang tergendala atau yang diingini bakal dilaksanakan
ada yang pergi mencari ilmu di pondok, ada yang mencari ilmu dengan bekerja (dpt ilmu dapat duit sekali..hehe), bagi yang duit banyak bleh p melancong, bagi yang bajet kurang tapi inginkan suasana yang segar dan besttt bleh try- try g mendari bukit ke, gunung ke..apa-apa la asalkan melihat sesuatu hasil daripada kuasa Allah, dapat rawat hati dapat rawat perasaan dan kesihatan.. melihat sesuatu yang hijau adalah amat baik bagi kesihatan mata dan hati..

ok bagi aku, aku memang berminat bab-bab mendaki bukit ke gunung ke sbbnya aku dpat melihat sesuatu perkara yang indah semasa dan selepas sampai di puncak tempat tersebut, sbbnya aku suka melihat benda hijau..hehe... untuk aku mall adalah tempat yang aku xsuka pergi (alamatnya klu dapat isteri yang suka g mall mati aku,,hahaha) xdala xsuka, bagi aku g mall just apabila nak beli sesuatu ja, klu nak g jalan2 saja2 aku kurang minat skitt.. Bukit H adalah bukit yang aku mula2 naik sekali hahaha dpat la tgk komtar dari ats bukit tu, pas tu gunung pertama naik gunung jeraiii, kata orang gunung jerai tempat org menuntut dan buang2 segala halus2 kat situu..hahaha... gunung biasa la kan.

 namun bila masuk maktab ni byk gak la bukit aku naik, bukit broga,bukit tabur, bukit kutu, bukit kat blog tesl tu..haha.. dan gunung Nuang.. nama ja gunung pasti x terlepas dengan cerita-cerita makhluk satu lagi ni.. jadinya aku kat sini nak share la skit apa yang aku tau, ok kawan-kawan pernah baca kisah nabi-nabi kita dulu x?? erkkk aku pun baca ingat2 lupa macm tu la..heeee... ok bab nak masuk dlam hutan ni aku nak ketengahkan 2 kisah nabi kita iaitu kisah nabi Nuh a.s dengan nabi Sulaiman a.s..

kenapa ya nabi ni yang dipilih bukan nabi-nabi lain..hehe sbbnya... nabi Nuh terkenal ceritanya dengan bahtera nabi nuh, manakala nabi sulaiman terkenal dgn kebolehan berbicara dan menundukkan haiwan,dan jin. jadinya sebelum kita melangkah kaki masuk ke dalam hutan,cuba lah sahabat amalkan dengan membaca

" selawat ke atas nabi nuh a.s dan selawat ke atas nabi sulaiman a.s"

sbbnya dalam hutan tu ada pelbagai jenis haiwan yang liar ke yang jinak ke, malah ada makluk2 lain.. bagi haiwan selawat ke atas nabi nuh kerana nabi nuh yang menyelamatkan haiwan2 tersebut dengan menaiki bahteranya semasa banjir besar melanda, bagi makluk2 halus plak selawat ke atas nabi sulaiman sebbnya mereka takut dan tunduk kepada nabi Nuh,

Firman Allah : Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur,nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan"

jin sedar apabila nabi nuh rebah daripada tempat duduknya yang mengawasi haiwan,manusia dan jin bekerja menyiapkan istananya, setelah siap istana setelah itu juga la tongkat nabi Sulaiman habis dimakan oleh anai2.. takkala itulah jin berkata bahawa jika dia mengetahui yang nabi nuh telah menggl dunia awal, dia tidak akan melakukan kerja-kerja tersebut..

jadi jgn lupa yaaaaa....


1 comment:

  1. terima kasih atas pesanan pasal hutan2 ni, kami pun suka mendaki bukit ganang ni :)

    ReplyDelete