Monday, 25 February 2013

amanah...



beberapa hari yang lepas terdengar perkabaran beberapa insan telah dijemput oleh penciptaNya..
da pensyarah dpd JAPIM, mak dan ayah rakan-rakan aku kat IPG kampus ilmu khas ini..
bila terdengar tentang berita ini membuatkan aku teringat kepada kematian.. alhamdllah masih ingt kematian dan harap akan ingt kematian tuu kerna kematian boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja samaada kita bersedia ataupun tidak tanpa terlewat samaada sejam, seminit malah sesaat.. bila tiba masanya nyawa akan diambill

perkabaran tersebut juga membuatkan aku teringt tentang apa yang dicakap oleh mak dan ayah aku semasa aku balik cuti raya cina haritu..walaupun sekejap aku balik kampung kat kedah tu.. ayah da bercakap dan berpesan bunyinya lebih kurang mcm ni la " ayah nak nanti bila ayah dah xda, anak-anak ayah yang uruskan mandi,kafan , solat dan kebumikan" errkkkkk satu tamparan yang hebat kepda aku dan abg-abg aku.... macm tu juga kat mak tapi mandikan mak mestila anak perempuan..

sesungguhnya aku belum bersedia semua itu..abg-abg aku aku xtau la mereka dah bersedia or x.. harap mereka juga akan menyediakan diri mereka.. ayah dah ajar tapi bila x amalkan sure dan comform la lupa, dulu sebelum nak balik kampung wajib baca smthg tentg ajar or lakukan sesuatu pratikum tentang agama..time sekolah rendah dan awal menengah la..skrg ni xda dah... dan aku perlu lakukan itu semula..

insyaAllah aku akan cuba untuk menunaikan hajat dan amanah yang ayah dan mak aku nak kan.. akan cuba sedaya yang mungkin.. walaupun etu sesuatu yang menyebabkan aku telan air liur..huhu.. i will try my best mom and dad.. :-)..


Saturday, 23 February 2013

mengejar...


kadang - kadang kita selalu mengejar seseorang sehingga kita mengabaikan perasaan sendiri. kann... bukan bermaksud aku menyuruh aku mementingkan diri sendiri tapi aku perlu mengingati diri aku supaya berpada pada dalam mengejar seseorang agar pada masa akan datang aku dapat bersedia dengan segala kemungkinan. hidup ini penuh dengan cabar, hadapi ia dengan kesabaran dan berhikmah.. 

peace no warr... :-)

senyum lah selalu..

Tuesday, 19 February 2013

cerita kami... G 5.4

salam
lama rasanya aku x upadate blog ni. dan kali ini otak dan jari jemari aku kembali kepada blog ni..sebagai hobi dan coretan untuk kenangan masa akan datang untuk semua dan yang paling utama untuk diri aku

raya cina merupakan perayaan yang disambut dlm kalender Malaysia. bila aku dok maktab ni cutinya 9 hari banyak juga la kan.. cuti banyak macm tu kali ini aku xmerancg balik rumah awal sbb merancang untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah..

kali ini aku dan geng pergi mendaki gunung stong kelantan ketinggian 1420 meter.. perjalanan kami bermula pada pagi sabtu pukul 7.45 pagi bertolak dari KL ke daerah Dabong Kelantan. alhamdllah walaupun perjalanan yang jauh semuanya selamat sampai dlm pukul 5 juga la busuk busuk pun. pendakian kali ni adalah peserta paling ramai 12 org dan 1 org pemandu arah.

sampai di kaki gunung kami bermalam di dom yang disediakan dan berjemaah yang diimamkan oleh ikhwan, orang cakap bila dah jadi imam tu boleh la kawin dahh..hehe.. (ikhwan pun ramai juga y digosipkan dgnnya).. ok selesai solat bermulalah pembahagian barang-barang yang perlu dibawa secara bersama.. khemah kompom laki yang bawa..hahaha.. dan sedikit pesanan dan adab2 nak masuk hutan ni kann..

sok pagi kami sarapan di kaki gunung kul 9 bermula lah pendakian kami ke kem baha dengan segala benda yang berat2 untuk kegunaan di sana.. petang gak la sampai,diri kemah, buat dapur.. kompom2 la mndi xlupa kat air terjun dan lelaki la first..perempuan kemdian..haha... pas bersih diri semua, perut pun lapar sesi masak nasi bermula..alhamdllah nasi yang dimasak xmntah dan xlembekk.. tahniah kepada yang memasak.hahah.. acara malam tu main spelling kelantan..memang lawak abis la cte dia...layan gambar hari pertama dulu
















di kem baha
















ok pas tu tdo..haha

sok tu sambung pendakian ke puncuk gunung bermula kul 8.30 pagi dan sampai la kat puncak dlm kul 2 petang xsilap aku la...cantikk...tapi kat kem baha lagi cantikkk subhanallah.. keindahan alam ciptaan Allah..aktiviti kat puncak tu adalah bermain dengan tupai dan masak megi..tukang masak megi si ikhwann terima kasihh..banyak jasa mu ikhwan..hehe.. then ambek2 gambar kami pun turun ke kem baha.. mandi kat telaga tujuh (xsilap la) air yang sejuk dan besttt..paling bestt dapat solat kat air terjun tuu wooowwwwww.. sangat la besttt solat dalam situasi mcm tu menambahkan keimanan dan kesyukuran kepada Allah..
layan dulu...














selesai mandi manda, masak nasi dan sadin untuk jamah malam tuu.. permainan malam tu "true or dare".. cite dia semua rahsia soal hati semua terbongkar..hahaha..

dan hari ketiga kami bertolak turun ke kaki gunung.. dalam keadaan hujan..waaaa besttt hahaha..

senarai bukit yang pernah didaki..hehe
-bukit H (sekolah rendah dan mengh)
- bukit broga (400 lebh2 la ketinggian dia)
- bukit tabur ( 400 lebh2 gak tapi mencabar)
- bukit kutu ( 1020 meter )

gunung
- gunung jerai ( sekolah menengah xingt ketinggian dia berapa)
- gunung nuang ( 1495 meter kot tertinggi kat selgr daki sehari ja..balik kengkang)
- gunung stong (1420 meter 3hari 2 malam kos daki 90 ringgit)

ok sampai di sini saja....layan lagu ni... :-)

p/s : hargailah setiap perkara yang berada di sekeliling kita samaada alam,manusia dan benda sebelum ia pergi kerna yang hadir xkan sama seperti yang telah hilang..:-)