Sunday 18 September 2011

hari gembira yang dalamnya terdapat dosa


Perkahwinan merupakan sesuatu yang mengembirakan semua orang terutamanya kepada pasangan mana tidaknya bergelar raja sehari dan disatukan secara sah. bagi yang bertunang alangkah bahagianya apabila disatukan dengan bersaksikan saksi-saksi kerna tempoh pertungan penuh dgn cabara.



النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى 
Nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku
namun awas, jgn sangka perkahwinan membawa kegembiraan untuk kesyurga tetapi mampu membawa diri dengan dosa.


apabila dua merpati sejoli disatukan mata menitislah air mata kegembiraan dan kesyukuran ahli keluarga dan mereka kerna telah halal dalam menjalinkan hubungan dan bahtera rumah tangga. bagi sang syaitan pula berlari bertemparan lah mereka menagis kesedihan kerna tidak mampu untuk menyucuk sanag lelaki dan perempuan untuk melakukan zina lagi. namun sedarkah kita sang syaitan tidak akan lari bertemparan begitu sahaja merajuk begitu sahaja kerna sang syaitan tidak pernah rasa putus asa. masih byk peluang dan ruang untuk sang syaitan melakukan hasutan di hadapan nanti. di sana sang syaitan akan gelak terbahak bahak kerna mereka telah masuk perangkap.


sang syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan peluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. malah bngga pula apabila meminta photographer upahan dari kedai berdekatan mengambil gmbar. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini






Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.


Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari ALLAH dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)
p/s: Semoga di hari perkahwinan kita nanti dpt dielakkan semua ni...amin..

2 comments:

  1. best la video!! nk kwen ngn photogrpher la cm ni.. amik gmbo sdri,gne 'stand' je.. huhu~ tkutnye..

    ReplyDelete
  2. hahaha.... kawin dgn spa2 pun xpa..tapi suruh adik beradik yang ambek gmbr...kan..:-)

    ReplyDelete