Wednesday 11 April 2012

cucu dan atokk...

ok kali ini kita masuk bab agama sedikit ya..bukan nak cakap diri ini baik ke apa ke..tapi nak ajar diri ini supaya menjadi baik dan lebih baik serta rakan-rakan yang membaca.. sememang kita manusia selalui lupa dan leka sehinggalah diberi peringatan dan dijentik oleh Allah..

sebenarnya aku sendiri pun xpernah nak ambek kisah dan cuma kadang-kadang terfikir sahaja..ekh nak hafal dan fahami lah isi Al-Quran ini..pernah xdinafikan pernah dan pernah mencuba tetapi macam oleh selalu cakap la iman kita ini kadang kala naik kadang kala turun..syaitan banyak menghasut akhirnya tumpas dan tidak meneruskan la hafal dan faham isi ayat-ayat suci Al-Quran. sehingga lah aku terjumpa satu video ini membuatkan aku terdetik kembali untuk memulakan kembali..sedang mengumpul kekuatan kembali..moga-moga dapat dilaksanakan..

ada satu kisah

suatu hari seorang cucu terdengar suara atoknya membaca Al-Quran dengan sungguh merdu dan cukup makhrajnya..lalu cucu tersebut bertnyakan kepada atoknya..

cucu: atok tadi amin dengar atok baca Quran baik sangat merdu sedap didengar, tapi atok tahu ke maksud isi Al Quran yang atok baca tu??
Atok: mesti la atok tahu..dulu ayah atok selalu ceritakan kepada atok selepas atok abis membaca Al Quran tentang apa yang atok bacakan.. keesokkannya ayah atok akan tanya kembali kepada atok..dan sampai sekarang atok ingat dan amalkan.
cucu: ooo..begitu atok sekolah agama ka dahulu?
atok: xda lah, atok sekolah biasa ja, tidak semestinya sekolah agama sahaja yang boleh mengetahui isi Al -Quran, sekolah biasa pun boleh selagi kita ada usaha..cuma budak-budak sekolah agama lebih mudah untuk menguasainya..
cucu: jika kita tidak mengetahui isi Al-Quran mcm apa atok..

kemudian atoknya menyuruh amin mengambil bakul yang sedikit kotor. bakal tersebut akan digunakan oleh amin untuk mengambil air kemudian diisikan ke dalam baldi yang jaraknya tidak jauh dari sungai tersebut.. atoknya menyuruh amin mengambil air sungai tersebut untuk dimasukkan ke dalam bakul.. amin tidak mengerti namun menuruti perintah atoknya, setelah beberapa kali mencuba akhirnya amin putus asa kerana masih tidak dapat kumpulkan air kerana menggunakan bakul yang jarang. kemudian amin bertnyakan kepada atoknya,

cucu: apakah yang cuba atok sampaikan??
atok: haaaa...amin dapat isi air  dalam baldi tak?
cucu: menggelengkan kepala
atok: tetapi kelihatan bersihkan bakul yang digunakan itu...


:- @ walaupun kita tidak mengetahui isi Al Quran tetapi jika kita sentiasa membacanya hati kita akan menjadi bersih dari segala kemungkaran, namun begitu lebih baiklah mengetahui kerana kita dapat membersih dan mengumpul ilmu dan memahami..

jom kita fahami bacaan solat kita, jom kita belajar sama-sama jom..:-)

haaa bukan stdy je perlukan peta konsep untuk mudahkan pemahaman dan ingtan, Al Quran pun boleh...jadi selamat mencuba...

p/s: semoga diri ini kuat untuk terus berusaha..

2 comments:

  1. penah baca zaman sekolah menengah dulu.. :) tp biase la, manusia mudah lupa n alpa..

    ReplyDelete
  2. :-)..jadi jom kita mulakan balik skrang....jomm

    ReplyDelete