wilayah apa yang kita faham dengan wilayah, wilayah adalah satu dpd ciri pembentukan negara. wilayah meliputi daratan, lautan dan ruang angkasa..
pelbagai jenis tuntutan telah dikemukan kepada mahkamah dunia bagi mendapat autoriti terhadap sesuatu wilayah. Malaysia sendiri pernah menggunakan khidmat mahkamah dunia dalam menanggani tuntutan bertindih seperti pulau sipadan, pulau ligitan dan isu pertambakan oleh singapura..kesemua ini berpihak kepada Malaysia yang membolehkan wilayah malaysia menjadi lebih besar. dan sesemangnya tugas seorang pemerintah mempertahankan wilayahnya dengan apa cara sekalipun tanpa melepaskan kepada orang lain sewenang- wenangnya.
Namun malang xberbahu apabila malaysia kehilangan wilayah pulau batu putih yang menyebabkan luas lautan dan ruang angkasa malaysia turut sama terjejas apabila kes ini dimenangi oleh Singapura dan pelepasan tanah di tanjung pagar. pulau batu putih diperjuangkan tetapi kalah kerana sememangnya bukti yang digunakan oleh Singapura begitu kukuh dan mematikan hujah malaysia antaranya ialah :
1- segala pentadbiran dan undang-undang di bawah singapura
2- penurunan bendera singapura di pulau pisang tetapi tidak di pulau batu putih
3- surat daripada pemangku setiausaha kerajaan johor 1953.
namun pada kes tanjung pagar pula anda boleh menilai sendiri. namun begitu kedaulatan sesuatu wilayah tidak akan terhenti di sini sahaja apabila baru-baru ini wujud tuntutan bertindih pulau spratly di lautan china selatan yang menjadi tuntutan antara negara china,thai,malaysia,filipina,brunie dan taiwan.. pelbagai tindakan telah diambil untuk mempertahankan pulau tersebut oleh negera-negara yang menuntut.. aku harap kali ni malaysia tidak mudah melepaskan wilayahnya.. berjuang dahulu sebelum melepaskan sesuatu, biar putih tulang jangan putih mata.. pertahankan hak kita jaangan mudah membiarkan hak dirampas orang.. rakyat memberikan harapan kepada pemimpin,.. jalankan dengan tegas agar kehormatan negara tidak tercalar.
pulau spratly
pembangunan yang dibangunankan bagi mengukuhkan bukti hak milik
No comments:
Post a Comment