manusia yang sihat tubuh badan dan normal adalah manusia yang cukup sifatnya sebagai seorang manusia. conthnya mempunyai sepasang kaki, sepasang tangan, dan semua anggota badan berfungsi dengan baik, jika tidak mereka digelar OKU ( Orang Kelainan Upaya). hal ini kerana mereka telah kehilangan nikmat yang orang lain miliki. namun aku tabik pada mereka yang OKU ini yang mempunyai wawasan hidup dan still mampu memberi saingan kepada orang yang cukup sihat dalam pelbagai hal.
aku juga pernah merasai sedih sebanyak hilangnya nikmat berjalan pada suatu ketika dahulu. Ya Allah bertapa siksanya nak berjalan dan terlantar hampir sebln lebih.. hal ini kerana aku pernah terbabit dalam satu kemalangan di usia kanak-kanak.. susah nak berjalan semestinya dan until now kaki aku bukan seperti dahulu iaitu seperti asal.
2 3 bulan sekali kaki aku akan mengalami lenguh-lenguh dan kadang kala memaksa aku untuk tidak berjalan (mean x dapat berjalan) kerana kesakitan yang dialami.. aku akan alaminya selang 2 3 bulan sekali. namun aku bersyukur aku masih punyai nikmat berjalan yang sesetgh orang tidak memilikinya.
baru-baru ini main futsal, kaki aku terkepak kerana berlanggar dgn seseorang.. sakit tu memang xdpt dicakap la.. dan sampai sekarang cengkamannya di pergelangan kaki aku masih tidak kukuh dan kadang kala mudah untuk terpeleok dan masih terasa sakitnya namun xda la xdapat nak berjalan..hehe..
:- jaga lah pemberian Allah kepada kita dengan baik-baiknya, jgn kita terlalu memilih mengejar kesempurnaan belajar untuk menerima dan menjadikannya sempurna
No comments:
Post a Comment