Sunday, 25 December 2011

Gambar sebagai hiasan

gambar....
selalunya terdapat dalam album dan di mana-mana yang boleh dijadikan perhiasan
termasuk dalam rumah
namun dalam menghias rumah kita perlu berhati -hati agar tidak termakan dgn apa yang kita hias..
jadi mari kita ikuti jawaban seorang hamba Alah bertnyakan tentang gambar kepada seorang ustaz

seorang hamba Allah bertanya : ustaz apa hukum kita gantung gambar2 kita dalam rumah, dekat dinding contohnya gambar kita konvo, potret keluarga ....dsd...

jawaban dari seorg ustaz : HARAM hias dinding rumah dengan gaambar bernyawa seperti gambar konvo atau keluarga disi jumhur ulamak kerana tidak di masuki olih malaikat sebagaiman yang datang dalam hadith.. diharuskan gantung gambar kerana pameran atau pelajaran atau seumpamanya yang bukan termasuk hiasan..
HARUS gantung gambar tidak bernyawa seperti gambar kereta, motor. mesin nyor gunung ganang, air terjun napis santan dan lain-lain..

aku pun ada letakkan gmbr gak dalam bilik aku..hahha
tapi gambar jet pejuang..helikopter...dah lama dah terletak di bilik aku tu sejak daripada form 4 lagi sampai sekrang...dan rasanya xkan buang kot walaupun minat dah beralih..:-)

"sebarkan dariku walau satu ayat"- maksud hadis

Friday, 23 December 2011

yang atas dihormati yang bawah dihargai

bila kita merenung langit yang cantik dihiasi bintang dan bulan
jangan kita hina rumput di padang
bila kita berada diatas gunung yang tinggi
jgn kita hina dasar laut yang rendah
nescaya suatu hari nanti kita akan merasa kedua-dua perkara tersebut
hidup manusia kadang kala berada di atas
kadang kala berada dibawah
apabila kita berada di ats dan memahmi keadaan org di bawah,
nescaya kita akan mudah dan di permudahkan apabila kita berada di bawah
dgn kekuatan dan ketabahan serta pengalaman
kekuatan dan ketabahan ke atas seseorg menjanjikan kejayaan..insyaAllah...

Sunday, 4 December 2011

first time

apa pun xleh...
pertama kali buat kenduri alhamdllah berjalan dgn lancar
lancar sgt lancar walaupun petang tu sedikit hujan..
mcm biasa persiapan kenduri mmg la penat...
ni kan plak pertama kali...blurrrrr ja aku rasa...hoohho
kad kenduri buat 500...darap 3 jadi 1500..tapi yang dtg xsampai pun 1500 dlm 1000 plus plus ja..
alhamdllah terima kasih kepada yang sudi hadirkan diri...

alhamdllah hasil dpd kenduri ni gak la...aku belajar melapah lembu abis kat aku sebelah paha tanpa ada org yang usik...yeahhh.....

apabila kenduri di sini la nak jumpa blik adik beradik kan,kawan2 lama kan..terima kasih ea kawan2 lama aku yang dtg,xlupa gak kawan-kawan maktab yang dtg dari jauh..tq bro n sis...tapi bila mai petang ckit aku kurang sihat...minta kebenaran masuk bilik mandi then tdo...org sibuk kat luar aku dlm bilik tdo..dah mintak kebenaran mak dah..mak kasi..alhamdllah pas tdo sejam tu klr balik dah ok dah ckit...then klr2 tgk tok lang segala adik beradik ada dah..yang bestnya ada baby..yeahhh..hehe..comel2..aku dok main dgn dia ja...bestnya dia xreyau....hehe...

sekitar kenduri rtu










Sunday, 27 November 2011

lionhead dan chinchilla

alhamdullillah telah ku temui pengganti..
pengganti apa?? haaaa ni nak habaq mai ni pengganti haiwan peliharaan bersama 1family ni..
yang dikenai arnab...
apa orang ckp patah tumbuh hilang berganti haaa lebh kurang macm tu la..
sebelum ini pernah membela arnab masa sekolah rendah..lama juga la bela.. 4 5 taun gak la tme sekolah rendah dulu-dulu..pas tu xlarat dah nak bela cz budak budak sekolah bela kan arnab plak makan kuat..kewangan harap duit sekolah ja...haha...pas tu sembelih semuanya..hahahhaa tapi saat tu pling sedih...ada yang sembelih lepas tu terus lari masuk rumah dia blik..

beberapa bulan yang lepas kami membela kembali arnab jenis chinchilla...beli sepasang...dan sempat melahirkan 4 ekor anak..tapi mati 2 ekor...sebulan selepas itu tepat pada pukul 4 pagi kedengaran bunyi arnab.. dengan cpt klr pergi ke kandangnya...Ya Allah da anjing dalam kandang...anjing tersebut sempat melarikan diri..klu x nahas dia..ke empat empat arnab tersebut terkorban..huhu...

dann hari ini membuka lembaran baru apabila aku bersama 2 orang abang aku pergi membeli 2 pasang arnab sepasang baka lionhead dan sepasang baka chinchilla...baka lionhead RM 80 sepasang usia 2 bulan tapi atas kedai lagi la mahal sekor boleh p ratus ringgit. baka chinchinlla RM 70 sepasang usia 4bulan..alhamdllah xsangka rezeki dpt murah mcm ni...hehe

tgk gmbr ni baka lionhead yang dibeli
haaa ni dia....

haaa ni jantan...



haaa ni yang betina bulu kat leher dia xnaik g..


haaaa yang ni baka chinchilla la...tgk kat bawah baka ni besar ckit cz baka ni baka pedaging



ok etu sahaja...moga moga dapat membiak dgn banyak sbb lagi banyak lagi bestttt..hehe


Thursday, 24 November 2011

kenangan yang kembali menjengah

aku merindui seseorang...sudah lama aku mencari tapi masih xjumpa...last dgr berita apabila form 2 dia pindah p terengganu..walla pindah xgtau aku...tapi aku xsalahkan dia cz dia pindah mengejut...dulu ada no fon..pas tu lost contct smpai sekarang x dapat contct2 lagi..kemanakah dia???

dia adalah kawan baik aku semasa di seklah rendah, 1 group projek sains yang banyak kejayaan...tapi sekarang bayang-bayang dia hilang entah kemana...ku cuba mencari melalui kawan-kawan dia,tapi hampa, melalui facebook turut hampa....no fon lama dia tidak lagi digunakan..kemanakah dia sekrg?? byk benda aku nak kongsikan dgn dia...aku harap dia akan berjaya walaupun di mana dia berada...aku teringt saat bermain badminton bersama....mmg aku kalah teruk la mana xnya main dgn wakl negeri aku ini baru ja belajar main... etu la setiap kali aku pergi main badmintan di kg mesti aku akan teringtkan sahabat aku itu...aku harap suatu hari nanti aku akan bertemu dengan dia kembali.....aminnn

Tuesday, 11 October 2011

...........................

hidup bagaikan roda
kadang kala di bawah kadang kala di atas
ada masa zaman kegemilangannya
ada masa datang zaman malapnya
gemilangnya kamu jangan kamu lupa pandangn kebawah walaupun kaki terus melangkah
agar tidak terus terjatuh ke dasar,
malapnya kamu jangan sesekali berputus asa teruslah pandang ke hadapan
kerna kamu mampu menggilap yang malap kepada sinar
namun dalam meniti hidup
gemilangnya kamu malapnya kamu
semua itu akan kamu hadapi 
hadapi dengan kaki sendiri ataupun sokongan
sokongan boleh hilang dan pergi 
disaat kamu sdih dan gembira dia tetap datang dan pergi
namun hilangnya sokongan meninggalkan anda dalam kesepian
samaada dalam saat gembira atapun sedih.........

Monday, 10 October 2011

kamu dan dia

ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang, tampil  menghalang kamu dan dia untuk bersatu,
akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu,
pastu Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah.
dan ketahuilah jua, walaupn berjuta tangan yang datang dan tampil untuk satukan kamu dan dia,
akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu,
pastu kamu tidak akan bersatu,
maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu,
dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu,
maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan,
kerana dia adalah pilihan dari Allah...

waktu

WAKTU... kadangkala LAMBAT bagi yang menunggu..tapi terlalu CEPAT bagi yang terburu-buru...tapi PANJANG bagi yang gundah... tapi terlalu PENDEK bagi yang bahagia....namun bagi yang selalu berSYUKUR, waktu adalah keBAHAGIAAN..- bersyukur membuka kekayaan hidup... bersyukur mengubah apa yang kita miliki menjadi cukup...subhan'Allah ...waktu juga seakan cemburu..


Ya Allah pada waktu ini aku betul betul keletihan
entah kenapa terasa sungguh keletihan itu
namun aku bersyukur dengan keletihan ini memberikan 
aku waktu untuk aku berfikir dan berfikir
apa yang telah aku lakukan sebelum ini
sehingga aku begitu letih
hidupku penuh dengan ketawa
main dan enjoy
bila masanya aku berhenti 
hingga aku terasa letih..waktu ku tidak aku uruskan betul2
hingga terasa letih baru aku ingin kepada Pencipta
bila sedang seronok tidak terfikir
alhamdllah aku terus diberi peringtan olehNya
dengan hadiah keletihan agar aku sedar dan mengingatinya
dan aku perlu sentiasa mensyukuri nikmat waktu aku..


p/s: walaupun dimana kita berada,pada waktu bila pun gembira,sedih enjoy seronok, kita perlu INGAT kepada ALLAH agar kita diberkati oleh ALLAH..

Thursday, 29 September 2011

Tahniah

bulan syawal telah menutup tirainya
tirai yang ditutup dengan pelbagai cerita tersirat dan tersurat
semoga syawal pemergian syawal kali ini memberi makna dalam hidup kita
bagi budak2 rumah ku tahniah dan bersyukur kerna berjaya berpuasa 6
hingga saat2 akhir.. walaupun digoda dengan makanan
anda masih tguh untuk menghabiskan puasa 6 anda..tahniah diucapkan
meriah saat2 buka puasa hari terakhir..semga kita bertemu lagi taun dpn dgn bulan ramadhan dan syawal..aminnn

pesanan untuk diri

jaga solat mu
apabila solat
jaga bacaanmu dalam solat
jagn kamu mengendahkan perkara ini
kerna hal ini penting
agar di suatu masa anda tidak rasa rugi..

Thursday, 22 September 2011

Kenikmatan mempunyai sahabat

assalamualaikum..

terkejut!! terharu!!... etu yang boleh aku ckp disaat sahabat baik ku membuat kejutn kepada ku sempena tarikh kelahiran aku.. masyaAllah...sgt la beruntung kerna mempunyai sahabat-sahabat mcm ni terutamanya kawan baik saya..

pagi pada 20 september
happy besday naim, happy besday naim!!..besday boy semua klr dpd mulut rakan-rakan ku.. tapi kat mulut dia, hanya diam sahaja..xda ucapan mcm2 tu pun..sesungghnya..sahabat baik aku ni nak buat kejutan rupanya...mmg xdpt diagak..
wan: apa kata kita buka puasa sama2..dah lama xmakn sama-sama
dia: boleh2...
aku: boleh ja...kat mana ang tentukan yaa...
dia: nak ajak sapa g ea.haaa kak long..tapi solat dulu ea baru kita g makn..

tiba masa berbuka puasa dan solat telah ditunaikan
mana mereka ni ( mean dia n kak long) .... lamanyaaaaa kami tggu..tapi lagi lama menggu kehadiran air..haha
dlm kul 8 tu kak long tba dgn pelbagai variasi cerita rekaan dia yang menyatakan si dia tiba lewat ckit..huh mati2 la caya.. 5 minit selepas tu...happy besday to uuu..Ya Allah...terkejut dan terharu aku...masyaAllah perkara xdisangka, kejutkan yang dilakukan oleh sahabat aku terutamanya si dia...tergamam aku seketika apabila da sabahat yang berbuat kejutan kepada aku... terima kasih ekinnnn...

haaa ini dia si dia yang dimaksudkan kawan baik aku tu, baik sgt2..hehe





haaa ni kawan baik aku plak yang potong harapkan saya lambat la nak mkn..haha

terima kasih kerana sentiasa bersama saya susah dan senang ea..
selalu bagi semgt bila down
selalu tegur bila aku buat xbetul..
selalu ingtkan perkara-perkara yang baik
selalu mempengaruhi aku untuk lakukn yang terbaik..
lagu ini untuk anda

kenangakan lah lagu ni bila kita dah ikut haluan masing2 nanti

Sahabat sejati datang bersama kebaikan,
Pergi meninggalkan kenangan,
Kembali dengan segunung harapan,
Tak rela membiarkan kita di lembah kehinaan

Terima kasih kerna menjadi sahabat baik saya...terima kasih juga kepada sahabat2 saya yang memberi ucapn dan sambut besday saya ya...gembira ada sahabat mcm ni.. terutamanya si dia..

20 september @ 12 rabiulawal

20 september 1991 bersamaa 12 Rabiulawal. bermulalah sejarah hidup aku dan kenangan2 yang akan aku kumpul. . pahala2 yang akan ku bawa..Telah ku janji dgnNya untuk beribadah kepadaNya.. aku ditiupkan roh dan tangisan mula didengari pada 12 rabiulawal tersebut.
emak.. terima kasihku ucapkan kerana telah menjagaku dlm kandungan hingga selamat melahirkan aku dengan penuh cabaran..
ayah... terima kasih kerna  mencari rezeki untuk membesarkan aku shgga sekarang walaupun besar skrg anak mu ini kadang kala membangkang pendapat mu...
emak dan ayah terima kasih sgt2 sebb telah membesarkan ku mendidik ku, menjaga ku shga sekarg, walaupun pada waktu kecilku 50-50 untuk terus hidup.. emak dan ayah tabah membesarkan ku siang dan mlm bercengkang mata menjaga aku.. sakitku membuatkan emak dan ayah susah hati... maaf sgt2.. sesungghnya pengorbananmu akan ku bls..amin... TERIMA KASIH EMAK DAN AYAH..

Monday, 19 September 2011

If diam yang terbaik

klu diam itu lebih baik aku memilih untuk diam dpd terus berckp
kerna percakapan kadang kala boleh menjadi pembunuh, bak kata pepatah lidah setajam pedang ataupun pisau. walaupun xnampak secara zahirnya tetapi telusuknya kita rasa betapa tajamnya.
lebih baik diam dpd terus melawan disebabkan sakit ati kerna melwan mampu membunuh lebih byk hati daripada hanya satu hati sahaja tercedera.
klu diam yang terbaik aku memilih untuk diam dlm perbagai situasi,
agar tidak mhu menyakitkan hati org dan tidak juga mahu menyakitkan hati sendiri.
Barangsiapa y banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa y banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya
(Riwayat Abu Naim)


Namun diam bukan bererti mengalah dan tidak tahu apa-apa. diam hanya untuk tiidak mengeruhkan lagi keadaan dan berfikir sejenak. 



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan

If diam lebih baik, aku memilih untuk diam..

Sunday, 18 September 2011

hari gembira yang dalamnya terdapat dosa


Perkahwinan merupakan sesuatu yang mengembirakan semua orang terutamanya kepada pasangan mana tidaknya bergelar raja sehari dan disatukan secara sah. bagi yang bertunang alangkah bahagianya apabila disatukan dengan bersaksikan saksi-saksi kerna tempoh pertungan penuh dgn cabara.



النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى 
Nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku
namun awas, jgn sangka perkahwinan membawa kegembiraan untuk kesyurga tetapi mampu membawa diri dengan dosa.


apabila dua merpati sejoli disatukan mata menitislah air mata kegembiraan dan kesyukuran ahli keluarga dan mereka kerna telah halal dalam menjalinkan hubungan dan bahtera rumah tangga. bagi sang syaitan pula berlari bertemparan lah mereka menagis kesedihan kerna tidak mampu untuk menyucuk sanag lelaki dan perempuan untuk melakukan zina lagi. namun sedarkah kita sang syaitan tidak akan lari bertemparan begitu sahaja merajuk begitu sahaja kerna sang syaitan tidak pernah rasa putus asa. masih byk peluang dan ruang untuk sang syaitan melakukan hasutan di hadapan nanti. di sana sang syaitan akan gelak terbahak bahak kerna mereka telah masuk perangkap.


sang syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan peluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. malah bngga pula apabila meminta photographer upahan dari kedai berdekatan mengambil gmbar. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini






Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.


Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari ALLAH dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)
p/s: Semoga di hari perkahwinan kita nanti dpt dielakkan semua ni...amin..

Saturday, 17 September 2011

bersendirian

bersendirian kadang kala membawa erti dalam hidup
disaat semua orang balik kg dan kluar
aku mcm biasa la..bab2 nak klr ni mmg mlas la
lain la klu klr jalan2 tgk keindahan alam ok la..
etu mmg minat aku..
soo dok umah sorang2
bersendrian membuatkan aku berfikir sejenak,
bermuhasabah diri mungkin
tetapi di sini telah ku temui sesuatu yang berharga
harap sesuatu akan membawa perubahan pada diri aku
give me chance to change my self..

Tuesday, 6 September 2011

Aku terima nikahnya...

04Sememangnya kawin adalah sesuatu yang dibualkan dalam hidup orang-orang dewasa terutamanya 20 tahun keatas ni.. yela apa taknya, jumpa ja tanya dah kawin belum, xpun bual2 kosong kat kedai mamak " ekh ang nak kawin umur berapa" waaahhhh sering kan dengar semua ni...tapi tau x apa perkahwinan itu...

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM......
macam senang???


Nah ni makna sebenarnya...



Aku tanggung dosa2 si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yang si dia buat dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bkn lagi ibubapa si dia... dan aku tanggung semua dosa bakal anak2 ku , jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah...- copy from Ustaz Zamri-

haaa kepada yang nak mendirikan rumah tangga aku harap dah bersedia untuk membimbing isterimu ke arah kebaikan dan jalan yang diredoiNya kerna apa yang isteri dan anakmu lakukan semuanya kamu akan tanggung, kepada si isteri jagnlah kamu berdegil, bantu dan patuhhi lah suamimu selagi tidak melanggar ajaran agama Islam.....selamat mendrikan rumah tangga kepada sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga xlama lagi..:-)


Sunday, 31 July 2011

western food

wahhhh org nak puasa kat cini sibuk nak cte tentang western food plak ea..
haha...smlm bertempat di taman len sen aku, bob,farid dan ise g makn western food
wahhh... bleh tahan rasa dia...mcm western food la..haha
haishhhh makan pun makanan barat kan,xpa sekali sekala jaa bukan selalu janji halal..etu yang penting..
tapi  kan nak kongsi sedikit la..
aku ni suka tgk gelagat orang sekeliling pas tu buat rumusan sendiri dlm otak..
hahha....
kadang-kadang aku pelik bila memerhatikan mereka sekeliling..hmmm...kenapa yaa??
sbb cara mkn mereka...
mmg makan western food, tapi jgn ikut cara western..
iaitu mkn menggunakan tangan kiri...
pisau potong tu pegang tgn kanan.garpu tangan kiri then tangan kiri tu la bawa masuk ke dalam mulut makanan tersebut...di situ maknanya kita dah mkn mggunakan tangn kiri..
kenapa kita xlakukan sebaliknya,makan mggunakan tgn kanan...etu kan baik tuk kita..
dalam hadis yang berbunyi...
Wahai anak, sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah yang ada di hadapanmu.” (HR. Bukhari no. 5376, Bab Membaca Basmalah ketika Makan dan Makan dengan Tangan Kanan; Muslim no. 2022, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)Dalam Shahih Muslim disebutkan sebuah riwayat,


Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya, karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 2020, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)





jadi sama-sama la kita berubah...p/s tuk diri sendiri juga...=)

Friday, 29 July 2011

lesung pipit


wahhhh beruntung kan kepada sesiapa yang ada lesung pipit tu
bukan semua orang ada sesetgh orang ja memilikinya...
untung-untung so kepada yang ada tu hargainya k..
klu budak2 kecik yang ada lagi bertambh comel la dia
suka aku tgk lesung pipit orang...hahaha..
lain daripada yang lain...
isteri aku t entah ada ke x ea,klu ada tiap2 ari t aku tgk lesung pipit dia
hahaha....
tapi klu ada ke x yang penting baik akhlaknya...etu sudah cukup..=)

so kita layan lagu ni jap...da kena mengena dgn lesung pipit..hahaha

Tuesday, 26 July 2011

tanggungjawab

hidup manusia pasti da tanggungjwab
kita xkan dpt lari daripada itu
aku sebagai abang
ada satu tanggungjawab yang harus aku pikul
tanggungjawb yang diamanahkan oleh mak dan ayah
"jaga adik leklok, tanggungjawab tu dok kat ang,mak dok jauh, berjaya atau tidak adik bergantung kat ang sebagai abg tuk jaga dia"
masyaAllah harapan diletakkan diatas bahu aku..tanggungjawab tu..namun aku akan pikul tanggungjawab tu kerna ini adalah satu proses pembelajaran
lagi pun nanti aku kena jaga anak orang pula.
masakan nak jaga anak orang kalau adik sendiri xlepas
mcm mana ibu bapa dia nak harapkan kita??
soo aku akan cuba sehabis baik tuk jaga adik aku
sebab ini semua pengalaman yang penting
berguna tuk masa hadapan
semoga aku kuat dan berjaya...aminnn

adik

adik
seorang yang pendiam namun xlekang dengan senyuman
etu la komen cikgu yang mengajarnya semasa hari akademik mggu lepas
adik

aku bangga dengan kamu walaupun ada yang mempunyai keputusan lebih daripada kamu
namun aku tetap berbangga dengan kamu kerna kamu berusaha dengan sendiri
tanpa tuisyen dan hanya mengharapkan stdy,sekolah dan amalanmu
hingga berjaya melangkah bersama mereka yang pintar
di sana kamu bersaing dengan mereka-mereka yang pintar
harap kamu boleh membawanya dengan baik dan cemerlang disamping ilmu akademik dan akhlakmu
kamu adalah harapan keluarga
semoga terus berusaha untuk mengejar cita-cita kamu di dunia dan akhirat
kena semngat yaa!!!!!

Saturday, 16 July 2011

Marah



marah...
perkara yang aku xnak kerap berlaku
tetapi kerap berlaku sejak dua menjek ini,
entah la kenapa aku pun xtau
sama ada marah secara terang terangan ataupun
marah dalam diam....
susah sebenarnya nak kawal marah, kena pandai kena bijak kena tenang,
terutama melibatkan perkara yang kita tidak suka,
bila kita marah kita akan buat perkara tanpa pikir panjang
dan apabila kemarahan etu reda kembali baru kita terpikir blik kan??
sebab apa?? sebab time tu syaitan dok hasut kita, dok lompat2 berjaya bagi kita marah
klu buat keputusan tme tu sure2 la ikut telunjuk syaitan.
oleh itu sabda Rasulullah s.a.w  "Aku mengetahui satu ayat yang apabila dibaca akan mengusir kemarahan pergi."Sahabat bertanya, apakah ia wahai Rasulullah? Lalu Baginda menyebut: "Audhzu billahi mina syaitan nirrajim" yang membawa maksud - "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam"".
::: untuk kongsian bersama dan diri sendiri...

Friday, 1 July 2011

layan lagu yang sgt best..

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menemani jalan syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir menyatakan cinta
Di hati pula berdusta
Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantu
Bila berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan rahmatNya
Menghadiahkan ku seorang

Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Aku cinta M.. TAPi,.. macam mana dengan A?

Aku cinta M.. TAPi,.. macam mana dengan A?

11.52 am… “Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh??

1.16 pm.. “Enti nak tanya apa td?”

“pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa  rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti  walau enti jarang berkorban untuk A..”

“tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan  M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis  andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?”

 “x pernah…..”

Tak pernah?  Itu  yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A  dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG…

“ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..”

“doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak…   setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,…

“Ya Allah.. terasa diri sungguh hina  mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku…"

“Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…”

InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi..   Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah..  =)
Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri  berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.”   Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥  

Alhamdulillah… Syukran ya ukhti….. 
By: Misra Asthana Mohamed Fazal dipetik daripada facebook seorang sahabat aku..=)


Monday, 20 June 2011

kenangan menjelma kembali


waaa...bersemangat aku dgr lagu ni...ingat zaman-zaman dahulu balik apabila ingin masuk universiti pertahanan. joging abis pagi petang. tapi niat ditentang oleh mak..
hmmm tapi diri ini degil, mak merelakan dalam paksa,
kata aku nak perjuang,pegang senjata berjihad bila negara diserang
akhirnya aku dpt masuk universiti pertahanan tetapi xseperti yang diinginkan.
kecewa...kecewa sangat.
sekarang dapat dah masuk bidang perguruaan..
hmmm ingt bidang ni xleh berjihat ke??
bidang guru pun boleh berjihad berbakti malah lebih banyak daripada cita-cita aku sebelum ini
berjihad xsemestinya angkat senjata, tetapi jihad dengan lisan
kerna modal seorang guru ialah percakapan.

Rasulullah Sallllahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

so xpayah aku sedih2 lagi sbb xdpt jadi tentera..insyaAllah guru merupakan kerjaya yang ditakdirkan untukku..
namun xdpt dinafikan kadang kala keingnan dahulu dtg menjelma kembali..
menjelmanya bagi aku cukup untuk seketika sebagai satu penghibur hati..:-)

Monday, 13 June 2011

bisikan

bisikan..
suatu perkara yang tidak kita nampak
namun perkara tersebut akan kita rasai jika kita menyedari dan meneliti setiap tindak tanduk kita
pelbagai jenis bisikan akan kita dapat dalam meniti perjalanan ini
samaada bisikan jahat yang sering kali cuma memperdaya diri kita
ataupun bisikan baik yang cuma mengingtkan kita kembali niat kita hidup di dunia ini
bisikan jahat terdiri daripada pelbagai contohnya bisikan nafsu jahat yang menggoda kita untuk melakukan sesuatu yang buruk,
namun bisikan ini memainkan peranan untuk mencantikkan yang buruk untuk memperdaya kita
ditambah pula dengan bisikan syaitan laknatullah yang akan mengguna serta mengajak kita mengikuti jejak langkah dia.
malah bisikan ini juga juga tidak terlepas daripada manusia itu sendiri. manusia-manusia yang mempunyai topeng yang sentiasa mengajak manusia lain kearah kejahatan.
semua jenis bisikan ini tidak akan berjaya kita tepis jika tidak ada iman di dada.
namun iman di dada juga kadang kala akan jatuh kerna iman manusia ada kalanya naik dan turun
oleh itu bagi tidak menjatuhkan iman tersebut bisikan-bisikan yang baik perlu seiring agar terus memberi nasihat dalam diri.
bisikan yang baik seperti tazkirah,ceramah, ilmu, bergaul dengan org soleh/solehah dan baik adalah ubat untuk menjaga diri kita daripada bisikan jahat yang tidak pernah jemu menjemput kita untuk masuk ke rumahnya..
oleh itu tingkatkan bisikan yang baik
kurangkan bisikan yang jahat
renung-renungkan
dan selamat beramal..=)

Thursday, 2 June 2011

eeee...xmatch la baju tu..

ada orag tegur apabila kita memakai baju yang xmatch warnanya
terima kasih kerna menegurnya
tapi ada kamu kisah yang diri kamu memakai
pakaian yang tidak tutup aurat???
berseluar pendek keluar rumah..
ada kamu sedar atau buat-buat tak sedar
aurat lebih penting daripada colr yang match ataupun x
tetapi jika mendapatt dua-dua
itu kan lebih baik..=)
carilah kedua-duanya

untuk tontonan bersama.....

berbeza daripada selalu

hidup perlukan perbezaan
kalau tidak kita akan terasa bosan
hidup perlukan perantauan
perlukan pemerhatian
setiap gerak geri orang
tingkah laku mahusia
agar kita dapat ambil
apa yang baik dan menjadi pengajaran kepada kita apa yang tidak baik
jauh perjalanan luas pemandangan
daripada naik kereta naik bas
dari sungai petani pergi perlis
dalam kereta bersama rakan-rakan
dalam bas bersama orang awam
ada yang y cukup sifat dan ada yang x cukup sifat
pemerhatian pertama:
2 orang buta menaiki bas,
masyaAllah...bagaimana mahu naik bas???
tahukan jalannya???
kecian...mereka tersilap pilih bas...
akhirnya mereka ditinggalkan di tepi jalan di persimpangan jalan untuk ke destinasi mereka
dlm keadaan yang gelap 8.15mlm dalam keadaan buta...
masyaAllah dmana anak-anak mereka dikala ini???
agar kita tidak membiarkan ibu bapa kita pada hari tua mereka mcm ni..
pemerhatian kedua:
seorang lelaki memakai kepiah
berperwatakan lembut
akhirnya memakai lipstick di bibirnya semasa berada atas bas
Ya Allah....pelbagai aku lihat apabila jalan pulang yang dipilih berbeza daripada rakan-rakan yang lain
pelbagai tingkah laku manusia diperhatikan...
sesungguhnya mencari yang berbeza daripada selalu
akan menambahkan pengetahuan, pengajaran dalam diri kita...
walaupun kadang kala jalannya lebih memenatkan dan sukar..

Saturday, 14 May 2011

seketul daging

satu perkara yang perlu dijaga,
satu perkara yang sukar dijaga,
apa itu???
jawabannya 
hati...
ramai orang cuci bajunya
cuci rambutnya
cuci mukanya
cuci bangunanya
sampai wujudnya filem cuci
tapi berapa ramai orang cuci hatinya???
tepuk dada tnya iman..


sama seperti diri ini..
berapa kali, berapa jam, aku mencuci hati aku???
Ya Allah sukar diberi jawaban
kerna jawaban itu sgt sedikit..
Rasulullah sendiri bertaubat 100kali sehari
sedangkan aku???
berikan aku kekuatan untuk mencuci dan menjaga hati ini
kerna orang yang beribadah tetapi hatinya xsuci 
adalah org yang rugi
dan jadilah orang yang beribadah dan hatinya suci
kerna itu membawa keuntungn kepada diri kita
insyaAllah...