Friday, 14 December 2012

kaki melangkah ke hutan



cuti cuti sekolah ini mesti banyak aktiviti yang tergendala atau yang diingini bakal dilaksanakan
ada yang pergi mencari ilmu di pondok, ada yang mencari ilmu dengan bekerja (dpt ilmu dapat duit sekali..hehe), bagi yang duit banyak bleh p melancong, bagi yang bajet kurang tapi inginkan suasana yang segar dan besttt bleh try- try g mendari bukit ke, gunung ke..apa-apa la asalkan melihat sesuatu hasil daripada kuasa Allah, dapat rawat hati dapat rawat perasaan dan kesihatan.. melihat sesuatu yang hijau adalah amat baik bagi kesihatan mata dan hati..

ok bagi aku, aku memang berminat bab-bab mendaki bukit ke gunung ke sbbnya aku dpat melihat sesuatu perkara yang indah semasa dan selepas sampai di puncak tempat tersebut, sbbnya aku suka melihat benda hijau..hehe... untuk aku mall adalah tempat yang aku xsuka pergi (alamatnya klu dapat isteri yang suka g mall mati aku,,hahaha) xdala xsuka, bagi aku g mall just apabila nak beli sesuatu ja, klu nak g jalan2 saja2 aku kurang minat skitt.. Bukit H adalah bukit yang aku mula2 naik sekali hahaha dpat la tgk komtar dari ats bukit tu, pas tu gunung pertama naik gunung jeraiii, kata orang gunung jerai tempat org menuntut dan buang2 segala halus2 kat situu..hahaha... gunung biasa la kan.

 namun bila masuk maktab ni byk gak la bukit aku naik, bukit broga,bukit tabur, bukit kutu, bukit kat blog tesl tu..haha.. dan gunung Nuang.. nama ja gunung pasti x terlepas dengan cerita-cerita makhluk satu lagi ni.. jadinya aku kat sini nak share la skit apa yang aku tau, ok kawan-kawan pernah baca kisah nabi-nabi kita dulu x?? erkkk aku pun baca ingat2 lupa macm tu la..heeee... ok bab nak masuk dlam hutan ni aku nak ketengahkan 2 kisah nabi kita iaitu kisah nabi Nuh a.s dengan nabi Sulaiman a.s..

kenapa ya nabi ni yang dipilih bukan nabi-nabi lain..hehe sbbnya... nabi Nuh terkenal ceritanya dengan bahtera nabi nuh, manakala nabi sulaiman terkenal dgn kebolehan berbicara dan menundukkan haiwan,dan jin. jadinya sebelum kita melangkah kaki masuk ke dalam hutan,cuba lah sahabat amalkan dengan membaca

" selawat ke atas nabi nuh a.s dan selawat ke atas nabi sulaiman a.s"

sbbnya dalam hutan tu ada pelbagai jenis haiwan yang liar ke yang jinak ke, malah ada makluk2 lain.. bagi haiwan selawat ke atas nabi nuh kerana nabi nuh yang menyelamatkan haiwan2 tersebut dengan menaiki bahteranya semasa banjir besar melanda, bagi makluk2 halus plak selawat ke atas nabi sulaiman sebbnya mereka takut dan tunduk kepada nabi Nuh,

Firman Allah : Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur,nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan"

jin sedar apabila nabi nuh rebah daripada tempat duduknya yang mengawasi haiwan,manusia dan jin bekerja menyiapkan istananya, setelah siap istana setelah itu juga la tongkat nabi Sulaiman habis dimakan oleh anai2.. takkala itulah jin berkata bahawa jika dia mengetahui yang nabi nuh telah menggl dunia awal, dia tidak akan melakukan kerja-kerja tersebut..

jadi jgn lupa yaaaaa....


Wednesday, 24 October 2012

menuju puncak

mencuba itu perlu, berusahalah setakat mana yang kau mampu,
berdoa mesti selalu.....
selebihnya, serahkan segala urusan kepada yang Maha Menentu...
apa-apa pun jawapan dalam penantianmu, redhalah
kerana Allah akan mentakdirkan yang terbaik untukmu..
jika keputusan yang kau terima,
maka bersyukurlah dengan nikmatnya...
jika sebaliknya yang ada,
maka bersyukurlah dengan ujian rasanya

firman Allah :

maksudnya : " kalau kau bersyukur atas nikmat-nikmat Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih " (surah Ibrahim : 7)

:- aku tiidak akan berhenti berusaha selagi mana aku mampu setelah itu berdoa dan bertawakal... berputus asa tidak mungkin sama sekali. biar lah memakan masa yang lama..

" sabar itu pahit, InsyaAllah akan manis akhirnya"


Monday, 22 October 2012

kambing dan arnabb



insyaAllah suatu ari nanti boleh buka ladang.. aminnn

alhamdllahhh..cal mak tadii..
sembang mcm macam laa.. dan last sekali mak bagi tau arnab beranak lagi 2 ekorr..alhamdllah.. moga makin berkembang

dan satu lagi 2 ekor ibu kambing telah selamat melahirkan anak mereka dpat dua ekor anak kambingg.. terbaikkk..rezekii.. walaupun pada asalnya terasa sedikit berat kerana terpaksa mengeluarkan modal untuk memternak mereka-mereka tersebut. alhamdllah idea abg aku yang kedua, kami anak-anak lelaki abd ghani telah berpakat berkongsi modal untuk menternak kambing dan arnab dengan modal seorang RMxxxx.xx... kering juga la bila keluarkan modal tersebut..

apa-apa pun perniagaan mesti la memerlukan modal kan..aku taget 2 tahun lagi penternakan ini akan berkembang dan boleh la mula dipasarkan secara kecil kecilan terlebih dahulu.. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat keizinan daripada Allah..

:- perternakan adalah perniagaan.. 9/10 rezeki adalah datangnya daripada berniaga..tetapi perniagaan yang baik adalah perniagaan yang menepati garis pantuan Islam tanpa wujud penipuan..

sayang dan jaga..:-)


jadilah seorang yang boleh menerima tegur orang lain untuk kebaikan,
jangan jadi manusia yang tidak dapat menerima teguran
lantas mempertahankan lagi benda yang salah

jadilah seorang yang sanggup menegur kesalahan orang lain
walaupun kadang-kadang timbul perasaan serba salah

namun selemah-lemah iman adalah dengan membencinya perbuatan tersebut 
dengan hati..

dia marah sebab dia sayang, 
dia tegur sebab dia nak jaga,
jaga diri elok-elok wahai manusia sekalian,
 ^_^

Saturday, 20 October 2012

kaki

manusia yang sihat tubuh badan dan normal adalah manusia yang cukup sifatnya sebagai seorang manusia. conthnya mempunyai sepasang kaki, sepasang tangan, dan semua anggota badan berfungsi dengan baik, jika tidak mereka digelar OKU ( Orang Kelainan Upaya). hal ini kerana mereka telah kehilangan nikmat yang orang lain miliki. namun aku tabik pada mereka yang OKU ini yang mempunyai wawasan hidup dan still mampu memberi saingan kepada orang yang cukup sihat dalam pelbagai hal.

aku juga pernah merasai sedih sebanyak hilangnya nikmat berjalan pada suatu ketika dahulu. Ya Allah bertapa siksanya nak berjalan dan terlantar hampir sebln lebih.. hal ini kerana aku pernah terbabit dalam satu kemalangan di usia kanak-kanak.. susah nak berjalan semestinya dan until now   kaki aku bukan seperti dahulu iaitu seperti asal.

2 3 bulan sekali kaki aku akan mengalami lenguh-lenguh dan kadang kala memaksa aku untuk tidak berjalan (mean x dapat berjalan) kerana kesakitan yang dialami.. aku akan alaminya selang 2 3 bulan sekali. namun aku bersyukur aku masih punyai nikmat berjalan yang sesetgh orang tidak memilikinya.

baru-baru ini main futsal, kaki aku terkepak kerana berlanggar dgn seseorang.. sakit tu memang xdpt dicakap la.. dan sampai sekarang cengkamannya di pergelangan kaki aku masih tidak kukuh dan kadang kala mudah untuk terpeleok dan masih terasa sakitnya namun xda la xdapat nak berjalan..hehe..

:- jaga lah pemberian Allah kepada kita dengan baik-baiknya, jgn kita terlalu memilih mengejar kesempurnaan belajar untuk menerima dan menjadikannya sempurna

Sunday, 14 October 2012

perjalanan malam


rahsia alam adalah rahsia Allah 
tiada suatu pun manusia akan mengetahui rahsia tersebut sehingga tiba waktunya
jodoh, ajal maut, rezeki adalah rahsia yang manusia tidak tahu
namun perlu berusaha untuk mencapainya..

ajal maut adalah sesuatu yang ditakuti oleh manusia yang bernyawa
andai cukup amalan kita pasti kita akan merasa lega dan lapang di sana nanti
namun,
andai kurangnya amalan kita
sensara lah kita di sana nanti dalam mengharungi liku-liku alam selepas alam dunia
perjalanan yang gelap bak malam tanpa cahaya
membuatkan mereka yang kurang bernasib baik sensara menghadapinya
kematian manusia adalah satu tangisan kepada manusia yang masih hidup di muka bumi ini
kematian manusia yang disayangi,disanjungi malah pernah menabur jasa kepada kita
adalah sesuatu yang terasa kehilangannya
namun
kematian manusia adalah pengajaran kepada manusia yang masih hidup,
talkinnya dibaca di atas tanah perkuburan 
talkin yang memberi kesedaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup
agar kembali dan menambahkan amal kepada Allah


thanks kepada keluarga di sebelah sana kerana memberi layanan
yang cukup baik dan mesra sepanjang aku berada di sana
terdapat pengajaran di setiap peristiwa aku 
perolehi di sana. 
layanan anda dan keluarga anda belum tentu, aku mampu membalasnya
hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan kamu semua..


Thursday, 4 October 2012

Happy Besdayy Awak

Pada 05 oktober 1991 lahir seorang insan yang diberi nama Nurul Najwa.. selain tarikh besday family aku dan aku dan beberpa tarikh lain lagi, tarikh ini amatku nantikan kerna kehadiran dia memberi sinar kebahagian kepada diriku kini.. semuanya bermula apabila aku dan dia ditakdirkan untuk bersama pergi ke kem bina insan guru di Port Dickson pada 26 April 2011..dan kini hampir setahun setgh aku mengenalinya.. semuanya bermula di situ dan sehingga sekarang aku dan dia berhubung dan saling belajar mengenali. ku harap hubungan kita akan  sampai ke syurga, ingin ku mendidikmu untuk menjadi bidadariku di syurga... selamat hari lahir awak.. semoga awak sentiasa berada di bawah naunganNya dan sentiasa taat kepda perintahNya..:-)


Andai engkau tahu

Andai kau tahu
aku juga harap kau tahu
aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

namun aku tidak boleg menjamin apa-apa
bukan aku yang menulis di luh mahfuz sana

tapi DIA
DIA, ALLAH yang menjadikan darimu dan diriku,
di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak tahu
InsyaAllah jodoh tidak akan lari juka sudah
memang ditakdirkan kita bersama
Birarpun beribu bidadari/bidadara datang melamarku
InsyaAllah dirimu tetap untukku,
Jika itu yang Allah kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki,
dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi
rezeki terindah dari Allah buatku..
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya
melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah 
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untuku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu
Agar aku tidak kecewa dengan keputusan Mu

kerna im not perfect


awak, lagu ni khas untuk awak...:-)


Thursday, 31 May 2012

kenapa nak single???

perkahwinan merupakan satu sunnah..:-)

setengah org suka bujang setegh org nak kawin cepat..
kenapa nak single??
byk sebbnya yang aku dengar
da yang ckp supaya xpening kepala pikir mcm2 masalah, da gak ckp sbb keturunan..
ekhh pelik sbb keturunan?? mcm mana wujud si dia plak klu sbb keturunan..hahaha

kenapa nak single?
single is simple
double is trouble..haha

kenapa nak single?
namun ada plak yang nak kawin tapi xda jodoh lagi
sampai mandi mandi bunga g tu.. mandi bunga tu x salah kerna bunga itu pun makhluk Allah
mandi bunga dgn hanya niat saja-saja untuk wangikan badan adalah x salah jangn sampai masuk
jampi-jampi serapan ataupun niat dgn mandi bunga ini akan mudah dapt jodh..etu yang salah tu..

jom di sini saya nak kongsi sedikit ilmu kepada mereka yang inginkan jodoh tapi xsampai-sampai lagi
walaupun saya pun xkawin lagi..hehehe..

Enam amalan yang meringankan jodoh perlu dilakukan ialah
~sentiasa solat taubat dan istifar.. ingt jangan solat hajat sahaja. sbb nabi pun bersabda 3 kelebhan solat taubat dan istifar iaitu segala kesusahan dan kesepitan dilapangkan serta Allah beri rezeki x diduga. jodoh pun rezeki k.
~puasa hajat plg bagus hari lahir. insyaAllah 20.9 ni aku puasa..aminn..permudahkan.
~ solat hajat jgn lupa ya kawan-kawan
~ibu bapa mendoakan.. mintakk ibu bapa doakan kerna hilang satu berkat dpd Allah apabila hilangnya doa dpd ibu.
~mintak alim ulamak doakan untuk kita.. tok2 guru, jadi kena la sentiasa berdampingi dgn alim ulamak yaa
~dan yang terakhir diri sendiri kena doa la..etu yang penting..

disini saya selitkan beberapa doa hasil dpd pendengar saya..:-)
~ amalkan surah yusuf ayat 4
   ( baca doa ni dan niatkan di hati ringankan jodoh.." Ya Allah ya Tuhanku berikanlah jodoh yang sesuai dan baik untuk aku)
~surah yunus ayat 81
   ( doa untuk menggagalkan sihir )
~surah al Qasas ayat 24
   (hajat dan permintaan dimakbulkan mintak sungguh2)

makan gaduh-gaduh dalam talam
nak ringankan jodoh solatla malam


p/s :selamat beramal...:-)

Wednesday, 16 May 2012

malaysia

baru lepas jawab soalan politik dan kerajaan semalam, hari ini aku tergerak untuk menulis tentang wilayah..
wilayah apa yang kita faham dengan wilayah, wilayah adalah satu dpd ciri pembentukan negara. wilayah meliputi daratan, lautan dan ruang angkasa..

pelbagai jenis tuntutan telah dikemukan kepada mahkamah dunia bagi mendapat autoriti terhadap sesuatu wilayah. Malaysia sendiri pernah menggunakan khidmat mahkamah dunia dalam menanggani tuntutan bertindih seperti pulau sipadan, pulau ligitan dan isu pertambakan oleh singapura..kesemua ini berpihak kepada Malaysia yang membolehkan wilayah malaysia menjadi lebih besar. dan sesemangnya tugas seorang pemerintah mempertahankan wilayahnya dengan apa cara sekalipun tanpa melepaskan kepada orang lain sewenang- wenangnya.

Namun malang xberbahu apabila malaysia kehilangan wilayah pulau batu putih yang menyebabkan luas lautan dan ruang angkasa malaysia turut sama terjejas apabila kes ini dimenangi oleh Singapura dan pelepasan tanah di tanjung pagar. pulau batu putih diperjuangkan tetapi kalah kerana sememangnya bukti yang digunakan oleh Singapura begitu kukuh dan mematikan hujah malaysia antaranya ialah :

1- segala pentadbiran dan undang-undang di bawah singapura
2- penurunan bendera singapura di pulau pisang tetapi tidak di pulau batu putih
3- surat daripada pemangku setiausaha kerajaan johor 1953.

namun pada kes tanjung pagar pula anda boleh menilai sendiri. namun begitu kedaulatan sesuatu wilayah tidak akan terhenti di sini sahaja apabila baru-baru ini wujud tuntutan bertindih pulau spratly di lautan china selatan yang menjadi tuntutan antara negara china,thai,malaysia,filipina,brunie dan taiwan.. pelbagai tindakan telah diambil untuk mempertahankan pulau tersebut oleh negera-negara yang menuntut.. aku harap kali ni malaysia tidak mudah melepaskan wilayahnya.. berjuang dahulu sebelum melepaskan sesuatu, biar putih tulang jangan putih mata.. pertahankan hak kita jaangan mudah membiarkan hak dirampas orang.. rakyat memberikan harapan kepada pemimpin,.. jalankan dengan tegas agar kehormatan negara tidak tercalar.

pulau spratly

pembangunan yang dibangunankan bagi mengukuhkan bukti hak milik


Thursday, 10 May 2012

Tangisan lelaki

tangisan lelaki

LELAKI 
Disebalik kerasnya lelaki,
mereka juga menangis
Tetapi air matanya
jarang mengalir

LELAKI
Sekeras-kerasnya Lelaki pasti mengelirkan air mata
Tatkala Insan Yang di sayangi Pergi Buat selama-lamanya

Tangisan "LELAKI SEJATI" ada kekuatan 
tersembunyi yang luar biasa.

farid semoga disebalik tangisan kamu ada semangat luar biasa
untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga
menggantikan tempat ayahmu

aku tahu perit untuk menerimanya tetapi ketahuilah farid 
setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya semula
semoga kamu cekal dan berjaya memikul tanggungjawab kamu..

p/s : al fatihah kepada arwah ayah farid. semoga ditempatkan di tempat orang orang yang beriman

Saturday, 21 April 2012

pendakian pertama kali di gunung




alhamdllah misi terlaksana dan perkara yang diidam-idamkan tercapai..
pada 14 april yang lalu tepat pada pukul 4 pagi, aku dan bersama 7 orang rakan lagi menaiki motosikal menuju ke satu tempat bagi menguji stamina yang ada dlm diri ini..
jam 5 pagi kami sampai di tempat tersebut, namun terpaksa menggu pegawai di tempat tersebut membuatkan sesetengah daripada kami tdur sebentar.. jam menunjukkan pukul 6 pagi dan kesempatan mengingati pencipta perlu diutamakan.. kami solat di kaki gunung nuang.. tepat jam 7 kami melapor diri dan di situ lah bermula segala-galanya..berbekalkan air 3liter setiap seorang dan roti yang dibawa akanku sampai di puncak sana.
gunung nuang yang mempunyai ketinggi 1493 meter merupakan gunung yang tertinggi di selangor dan tahap kesukaran ketinggian gunung nuang ini merupakan tahap kesukaran gred A. mempunyai 3 kem iaitu kem pertama kem lolo yang memakan masa 3 jam untuk sampai ke kem tersebut. kem kedua ialah kem pacat.. tgk pacat pun ada kem kot..korang mampu???mmg banyak pacat la di kem tersbut, nama pun kem pacat kan..dari kem lolo ke kem pacat  lebih kurang 2 jam la plus minus.. tapi bagi kami yang baru kali pertama daki gunung nuang ni malah kali pertama mendaki gunung.. sesat juga la dalam menuju ke kem pacat tu.. alhamdullillah tersedar awal dan berpatah balik.. setelah sampai di kem pacat kami menuju ke kemuncak.. laluan hampir 70 darjah sememangnya mencabar kami dan mental kami.. alhamdllah selamat sampai di puncak tapi hampir tersesat ke janda baik di pahang apabila merentasi batu penanda di pahang.. sekali lagi bersyukur tersedar dan berpatah balik.. jam 2 petang kami sampai di puncak..penat lelah sgt tidak terhingga dan di puncak lah air kami semua habis.. maknnya turun bakal turun tanpa air la..huhu

keseluruhan 7jam mendaki sampai di kemuncak setelah melalui 2kem dan kem terakhri di puncak. turunnya kami ditemani dengn air-air hujan rahmat Tuhan..tetapi hanya sedikit air tersebut turn jadi tidak menggusarkan kami untuk turun. namun begitu banyak kali juga la jatuh.. sampai di kem lolo kami bermandi dan membersih seluar yang kotor. bermula dari kem lolo tersebut hujan lebat mula menemani perjalanan kami namun begitu untuk berhenti sama sekali tidak kuatkan semgt kerna segala-galanya bergantung kepada minda.jika minda kita kuat kita akan teruskan jika minda untuk berhenti menguasai diri pasti kita akn berhenti.. alhamdllah jam 6.30petang kami selamat sampai di kaki gunung kembali. letih tapi best sebb berjaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan menawan gunung nuang.

lalui di kaki gunung nuang

berhenti berrehat di kem pajat

antara yang dijumpai di lalui mendaki

kenai kan kan

kabus2.. menghampiri kemuncak

puncak pengasih

tgk apa entah ni

nampak sgt muka letih benar..hahaha

alhamdllah selamat tiba di kaki gunung kembali pada pukul 6.30

akan ku daki lagi jika diberi kesempatan tapi mencari sesuatu yang lain..walaupun penat akan ku sahut lagi cabaran ini..



Wednesday, 11 April 2012

cucu dan atokk...

ok kali ini kita masuk bab agama sedikit ya..bukan nak cakap diri ini baik ke apa ke..tapi nak ajar diri ini supaya menjadi baik dan lebih baik serta rakan-rakan yang membaca.. sememang kita manusia selalui lupa dan leka sehinggalah diberi peringatan dan dijentik oleh Allah..

sebenarnya aku sendiri pun xpernah nak ambek kisah dan cuma kadang-kadang terfikir sahaja..ekh nak hafal dan fahami lah isi Al-Quran ini..pernah xdinafikan pernah dan pernah mencuba tetapi macam oleh selalu cakap la iman kita ini kadang kala naik kadang kala turun..syaitan banyak menghasut akhirnya tumpas dan tidak meneruskan la hafal dan faham isi ayat-ayat suci Al-Quran. sehingga lah aku terjumpa satu video ini membuatkan aku terdetik kembali untuk memulakan kembali..sedang mengumpul kekuatan kembali..moga-moga dapat dilaksanakan..

ada satu kisah

suatu hari seorang cucu terdengar suara atoknya membaca Al-Quran dengan sungguh merdu dan cukup makhrajnya..lalu cucu tersebut bertnyakan kepada atoknya..

cucu: atok tadi amin dengar atok baca Quran baik sangat merdu sedap didengar, tapi atok tahu ke maksud isi Al Quran yang atok baca tu??
Atok: mesti la atok tahu..dulu ayah atok selalu ceritakan kepada atok selepas atok abis membaca Al Quran tentang apa yang atok bacakan.. keesokkannya ayah atok akan tanya kembali kepada atok..dan sampai sekarang atok ingat dan amalkan.
cucu: ooo..begitu atok sekolah agama ka dahulu?
atok: xda lah, atok sekolah biasa ja, tidak semestinya sekolah agama sahaja yang boleh mengetahui isi Al -Quran, sekolah biasa pun boleh selagi kita ada usaha..cuma budak-budak sekolah agama lebih mudah untuk menguasainya..
cucu: jika kita tidak mengetahui isi Al-Quran mcm apa atok..

kemudian atoknya menyuruh amin mengambil bakul yang sedikit kotor. bakal tersebut akan digunakan oleh amin untuk mengambil air kemudian diisikan ke dalam baldi yang jaraknya tidak jauh dari sungai tersebut.. atoknya menyuruh amin mengambil air sungai tersebut untuk dimasukkan ke dalam bakul.. amin tidak mengerti namun menuruti perintah atoknya, setelah beberapa kali mencuba akhirnya amin putus asa kerana masih tidak dapat kumpulkan air kerana menggunakan bakul yang jarang. kemudian amin bertnyakan kepada atoknya,

cucu: apakah yang cuba atok sampaikan??
atok: haaaa...amin dapat isi air  dalam baldi tak?
cucu: menggelengkan kepala
atok: tetapi kelihatan bersihkan bakul yang digunakan itu...


:- @ walaupun kita tidak mengetahui isi Al Quran tetapi jika kita sentiasa membacanya hati kita akan menjadi bersih dari segala kemungkaran, namun begitu lebih baiklah mengetahui kerana kita dapat membersih dan mengumpul ilmu dan memahami..

jom kita fahami bacaan solat kita, jom kita belajar sama-sama jom..:-)

haaa bukan stdy je perlukan peta konsep untuk mudahkan pemahaman dan ingtan, Al Quran pun boleh...jadi selamat mencuba...

p/s: semoga diri ini kuat untuk terus berusaha..

Tuesday, 10 April 2012

kartunnnn....tak akan ku menyentuhmu

aku tidak akan menyentuhmu

Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..
A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.
In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..
The young lady could find no place of refuge except this very mosque.
When the student saw her, he ordered her to leave immediately.
He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.
Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.
While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.
The young lady had been carefully observing this.
Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”
Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:
‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.
She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.
After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”
Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..
Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?
Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.

dipetik dari salah sebuah komikk..terima kasih kepada pembikinnya

p/s: semoga dapat tingktkan diri lagi..

Sunday, 8 April 2012

Pendakian..




kita sering tanya rakan-rakan kita apabila mahu pergi ke suatu tempat kan.
ekh kamu tahu jalan nak pergi ke tempat ni x??
haaa mcm tu la bunyinya soalan tersebut, walaupun kita ada kenderaan jika tidak tahu jalan 
xdapat pergi juga kan.. 
jadinya kita akan berusaha untuk mencari jalan
samada tanya orang, search google map ataupun guna GPS.
agar kita tidak sesat dan sampai ke jalan yang kita hendaki.
begitu juga dengan hidup kita, tujuan hidup kita untuk mencari syurga di sana,
jadinya kita perlukan panduan untuk kesana,
jawabannya dua perkara yang ditinggalkan oleh nabi kita 
AlQuran dan sunnah,
ikutilah ia pasti kita tidak akan sesat..:-)


" Seorang pemandu kereta belum tentu membawa kita ke destinasi yang betul.
Walaupun dia tahu cara memandu,
hidupkan enjin, masuk gear dan sebagainya,
tetapi jika tidak tahu jalan yang betul,
akan tetap tersesat.
Demikian juga seorang pembaca Al-Quran, tajwidnya betul,
suaranya baik, makhrajnya tepat tetapi tidak diamalkan,
ia tidak akan menunjukkan jalan yang betul iaitu ke syurga.."



Thursday, 8 March 2012

PBS kali ketiga


alhamdulillah sudah masuk tahun kedua dah aku dalam bidang pendidikan dan sudah kali ketiga dah aku pergi sekolah sebagai seorang guru.hehehe..kali pertama di sekolah lama aku SK sg pasir, yang kedua SK yaacob latif dan haaa ni kali ketiga kat perak SK TIWA.. dalam byk banyak sekolah sekolah kali ketiga ni la aku rasa paling enjoy dan bestt sebab apa?? haaaa

pertama sebab guru besar dia baik sangat..
hahaha..." murid ibarat rezeki" etu pesanan guru besar kepada aku dan kawan- kawan.. jumpa ja mesti senyum ja.. alhamdulillah  dapat guru besar mcm ni..hehe..

kedua sebab cikgu-cikgu kat sekolah ni baik-baik belaka..
waaaaa ni mmg xdapt dinafikan laaa..cikgu dia baik dan sporting.. mudah dan xbyk karenah.. siap tolong menolong g..dan PK Hem dia siap belanja kitaorg makan g..alhamdlah semoga rezeki cikgu2 dimurahkan..

ketiga ada cikgu shukri yang byk idea
haaaaaa ni lagi sorg cikgu sgt byk idea dan byk membantu kami dalam menyiapkan modal anatomy kami.. cikgu ni kasi idea kemudian kami laksanakan..alhamdllah siap dgn sempurna..dan terima kasih juga kat cikgu shukri kerna kasi tumpang tidur,mandi dan makn kat rumah..:-)

aktiviti sepanjang pbs kali ni..hahahah

aktiviti mengecat makmal komputer

bersama cikgu hisyam yang sngt sporting

bertungkus lumus membuat modal


modal anatomy bakal disiapkan

bersama rakan-rakan kumpulan

akhirnyaa dengan kos RM 100++..:-)


dan ada lagi satu aktiviti di sekolah esok iaitu mengecat lagi...hahaha hari terakhir..begini lah perjalanan PBS aku kali ni bersama rakan rakan..:-) masuk kelas tu xpayah cte la mmg ada..tapi kali ni mask kelas jaga exam..hehe...dan kat cini juga jadi tukang tukar lampu pejabat yang rosak..haha..begini lah tugas cikgu serba boleh..

p/s: Biarpun jalan itu panjang, kita akan merentasi perlahan-lahan..:-) perjalanan menjadi seorang guru..

Tuesday, 6 March 2012

awal pagi di putrajaya...

putrajaya.....adalah satu kebanggaan negara Malaysia..
di situ terdapatnya pusat pemerintahan Malaysia.
dan di situ juga terdapatnya bangunan-bangunan yang di bina dengan tersusun dan cantik..
pada 25 haribulan 2...mcm biasa aku bersama ikhwan lagi mencari sesuatu di awal pagi..
hasilnya keluar rumah pada pukul 5.30pagi dan alhamdllah sempat sampai
di masjid besi Sultan Mizan untuk solat subuh di situ..
selesai solat subuh kami berdua bergerak ke satu lagi tempat
tujuan dia nak tgk pemandangan cntik time matahari terbit..
subhanalllah cantik sungguh alam ciptaan Allah..
kuasaNya dan bersyukur kita kerna diberi peluang untuk melihat keindahan alam ciptaanNya..
bayangkan rakan-rakan kita yang tidak dpt meliht kecantikan ini.. jadi kawan2 jaga lah mata kita sebaik baiknya dan bersyukurlah dgn nikmat kurnaan Ilahi, jom kita tgk pemandangn matahari naik di empangan putrajaya... kat bawah ni ada sebahagian gambr yang diambil..if nak lagi bestt boleh la merasanya sendiri kat empangan putrajaya... nice..:-)

* saya budak baru beljar dslr, jadi xda la cantik gmbr yang diambil...sowi la ya..


Perjalanan seribu batu bermula daripada satu langkah
melangkahlah dijalan yang diredoinya...:-)



Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum beerti ia melihat.. jadi bukalah mata anda untuk melihat agar anda bersyukur dan menyedari tentang kebesaran Allah.. masih belum terlambat untuk kembali kepadaNya.

*p/s : semoga dengan outing dan snap gambar2 alam ini menyedarkan dan menambah ingtan aku kepada Ilahi..aminn..